Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Bayan. Show all posts
Showing posts with label Bayan. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Bayan Sheikh Nu'man Abu Lail (Jordan)

Perkataan dalam quran bila sebut "jalan / sabil " kaitannya adalah dengan dakwah :

Usaha Mujahadah  :  Download

Sifat :  Download

Akhlak  : Akhlak

Ancaman : Download

Read more...

Wednesday, August 3, 2011

Karkuzari Sheikh Saed Zayani (Arab)


Bayan dan karkuzari yang menaikkan fikir.

" Ahli Agama ialah mereka yang menggunakan dunia untuk kepentingan Agama sebaliknya mereka yang menggunakan agama untuk kepentingan dunia dinamakan Ahli Dunia"

Download:
http://www.binatiih.com/swt/zayani.mp3

Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Muzakarah Di Ijtimak



Muzakarah 5 Amal Masjid di Ijtimak Yaman

Read more...

Monday, May 16, 2011

Dr. Nu'man Abu Laill

Read more...

Tuesday, March 1, 2011

Zikr and Fikr



Semoga Allah bagi taufik ambil iktibar, amal dan sampaikan

Read more...

Wednesday, October 13, 2010

Sheikh Bisu Bayan Di Gaza


Sheikh Abu Musa Bayan lepas Jumaat di sebuah Masjid di Gaza. Umur 55 tahun, lahir di kota Rafah selatan Gaza. Walaupun kurang upaya, masih tetap menjalankan kerja dakwah. Kita camne....

Sumber

Read more...

Sunday, May 9, 2010

Bayan Maulana Umar Pada Orang Arab


Ini adalah Bayan Sheikh Mohammad Omar Palampuri  Rahmatullah alaihi di Arafah depan orang-orang Arab:

Dalam nama Allah Maha Mengasihani

Anda adalah mahkota kepala kami dan penyejuk mata kami, darah anda adalah darah Abu Dzar dan Maaz bin Jabal, Allah memberkati mereka Anda adalah Asal (orang tua) dan kami  adalah cabang (orang baru) 

Anda adalah Imam  dan kami  makmum juga anda seorang guru dan kami murid 

Nenek moyang anda datang ke tempat nenek moyang kami, dan nenek moyang kami berfikir bahawa nenek moyang anda ingin dunia dan wanita, dan nenek moyang anda dengan sifat kemanusiaan bertahan dan sabar pada  kejahilan nenek moyang kami

Nenek moyang anda secara fizikal tidak dipengaruhi  oleh dunia dan perempuan -perempuan mereka, Datuk-datuk anda telah membina kebun iman di dunia dan untuk memelihara kebun-kebun keimanan mereka telah mengikat  batu ke perut mereka,

Akan tetapi, Kebun  iman ini hancur oleh pelbagai masalah, tidak ku maksudkan supaya anda mengikat batu di perut akan tetapi ikatlah ayam di perut anda (masakan yang sedap)

Aku malu untuk berbicara kepada anda kerana empat perkara:

Anda mempunyai Kaabah, Bahasa Quran adalah bahasa anda, bahasa penduduk Syurga adalah bahasa anda, bahasa dari Nabi saw adalah bahasa anda

Ketika di Arafah, tiada orang India atau Pakistan, Bangladesh. Anda berada di  medan Arafah. Tidaklah tasykil untuk kamu semua selama satu tahun atau empat bulan atau empat puluh hari, namun tasykil Rasulullah saw  ke atas datu-datuk kamu ialah: mereka yang hadir disini supaya menyampaikan kepada yang tidak hadir (ghaib) 

Anda mengatakan bahawa tempoh keluar telah tamat 
Dan datuk  anda mengatakan bahawa bumi telah berakhir
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Uqbah Bin Nafi' r.a

Sumber disini

Read more...

Monday, July 20, 2009

Bayan Khas Ulamak Ijtimak 2009



Oleh: Maulana Saad Kandahlawi Hafizahullah

Antara point yang saya ingat:

1. Ulamak adalah pewaris nabi. Bukan sahaja mewariskan ilmu kenabian bahkan yang paling utama ialah kerja kenabian iaitu dakwah manusia kepada Allah

2. Ulamak harus keluar bergilir2 atau silih berganti bukan sebahagian sahaja yang keluar dan sebahagian lain dimajlis ilmu mengajar kitab2 ( tafsir dari ayat .. ) فلو لا نفر... )

3. Ulamak bukan sahaja untuk jadi mufti untuk keluarkan fatwa..bahkan kena usaha supaya umat ini sering menanyakan fatwa dan beramal dengan fatwa..

4. Ulamak mesti jadi seperti awan yang bergerak menurunkan hujan kepada semua jenis tanah walaupun tanah yang tidak menyerap air dan bukan seperti perigi yang menunggu kedatangan orang untuk mengambil air.

5. Kehendak Maulana ialah supaya setiap jemaah yang bergerak sekurang2nya ada seorang Qari dan seorang Alim..

6. Orang Assyairin (Qabilah Ulamak Yaman yang tinggal di madinah) bertanya kepada Nabi tentang orang2 yang tidak minat belajar agama sedangkan kami sedia mengajar...maka Nabi s.a.w berpesan bhw akan disegerakan azab keatas semua kamu...maka Assyairin meminta tempoh setahun untuk usahakan umat supaya ada kecintaan belajar dan amal agama...maka insyaallah sapa sedia setahun....?

Ana Azam insyaallah
Sekarang ada 17 jemaah bergerak di N.S

Read more...

Saturday, June 6, 2009

Ijtimak Zon Tengah Sri Petaling



Banyak lagi yang belum selesai terutama tempat foreign jamaat



Singgah Medan Ijtimak Sebelum Ke Sri Petaling




Dalam Bayan ada beberapa point penting untuk peringatan:

* Usaha Agama/Iman/Dakwah adalah perantaraan untuk datangkan kehidupan beragama dalam keluarga dan masyarakat.

*  Doa sahaja tidak mencukupi untuk datangkan agama dan amalan agama kerana nabi2 mempunyai kuasa doa yang paling kuat tetapi semua buat pengorbanan dan bersusah payah untuk agama kerana doa mereka shj tidak boleh mengubah keadaan masyarakat yang sembah berhala.

* Agama bukan dalam masjid dan surau sahaja tetapi amalan agama dan amalan masjid dibawa bersama di tempat kerja dan perniagaan supaya manusia nampak keindahan dan nilai agama.

*  Zaman sahabat, mereka iaitu orang Islam menjadi contoh tentang kejujuran, amanah dan kerajinan mereka dan akhlak mereka menyebabkan orang kafir memeluk Islam. Tapi Orang Islam sekarang yang mendakwa mereka dah sempurna dan tidak perlu kepada dakwah..banyak menimbulkan masaalah sosial yang menyebabkan orang Islam pun lari dari Islam

* Untuk Ijtimak ini, peluang untuk menarik rahmat dan hidayat Allah terbuka luas. Maka semua perlu terlibat untuk buat pengorbanan termasuk anak dan isteri dirumah juga diminta berpuasa dan doa supaya Allah jayakan Ijtimak yang akan datang setelah setelah 28 tahun ( yang terakhir di terengganu 1982)

* Rumah2 juga perlu dihidupkan suasana agama seperti di madrasah supaya keluar dari rumah itu anak2 yang soleh dan solehah..amin..

semoga Allah bagi taufik untuk tingkatkan pengorbanan..





Jemaah Arab Di Sri Petaling

Read more...

Saturday, May 16, 2009

Point Bayan Masyaikh Arab



* Daie dikalangan manusia adalah seperti lidah antara gigi

* Kita sedang menuju ke kubur dan Akhirat dan belakang kita ialah dunia, seperti pemandu sekiranya asyik melihat kehadapan maka mungkin berlaku pelanggaran, tetapi sekiranya menumpukan pandangan kehadapan dan sekali sekala ke belakang bila perlu melalui cermin kemudian segera mengalihkan pandangan ke hadapan maka begitulah sepatutunya kita.

* Ilmu Fadhail memang selalu diperlukan seperti udara, makanan dan air, Ilmu Masail seperti ubat yang digunakan apabila perlu

* Dunia adalah keperluan dan agama adalah maksud, maka keperluan sepatutnya digunakan supaya kita sampai kepada maksud

* Agama bukan diamalkan dengan perasaan kerana perasaan manusia sering berubah, tetapi hendaklah diamalkan dengan mengikuti sunnah walaupun berlawanan dengan keinginan perasaan

* Perkataan atau ceramah tidak memberi manfaat yang sempurna melainkan diiringi dengan usaha seperti  ceramah perniagaan tidak manfaat melainkan diiringi dengan perniagaan, begitu juga ceramah agama hendaklah diikuti dengan usaha agama, dan keyakinan umat sekarang bahawa perkara dunia tidak datang melainkan dengan usaha, maka bilakah akan datang kepada umat ini bahawa agama dan kesempurnaan agama tidak akan datang elainkan dengan usaha.

* Hati yang sempurna tidak mencapai ketenangan dengan kebendaan duniawi yang banyak dan asbabnya, bahkan hanya akan tenang dengan mengingati Allah

Semoga Allah Bagi Taufik untuk ambil Iktibar, Amal dan Sampaikan




 
 
 

Read more...

Monday, March 30, 2009

Bayan Jemaah Pakistan



Antara point bayan nasihat dari jemaah ini yang sempat saya ingat:

Bayan Jemaah Pakistan

1. Duduk majlis agama mesti dengan niat yang betul baru dapat hasil yang betul sbb abu jahal dan org munafik pun sering duduk majlis Nabi s.a.w tapi niat mereka jahat dan untu memeriksa orang islam bukan untuk mencari kebenaran

2. Nabi s.a.w sangat kasih pada umat dan pernah menangis bila mayat seorang yahudi diusung. Jadi kita kena sayang pada umat ini walupun orang kafir kerana mereka pun perlu hidayat supaya selamat. Kita kena benci kekufuran bukan pada orang itu. benca pada agama mereka tapi bukan orangnya.
    Tapi sekarang dah terbalik, kita kata benci pada yahudi dan nasara tetapi masih mengikut mereka dalam kehidupan seperti pakaian, makanan dan pemikiran.

3. Orang Islam kena ambil manfaat dari amalan mereka seperti solat dan puasa. Tapi yang berlaku hari ini amalan tidak menghasilkan sifat dan hakikat. Orang islam apabila ada masaalah tahu jalan ke klinik, hospital, kedai, bank dll...tetapi tak tau jalan ke masjid sedangkan Nabi s.a.w dan sahabat apabila ada masaalah mereka terus ke masjid untuk solat.
 Jadi, org islam seperti ular yang dikelingi intan permata yang mana dia sendiri (ular) tak dapat manfaat bahkan org lain pun tak dapat manfaat dari permata (amalan agama) itu.

4. Org Islam juga seperti singa dalam sangkar. semua orang tidak berasa gentar dengan orang islam dan tidak nampak kehebatan org islam hingga semuo org termasuk kanak2 pun berani bermain dengan singa yang di dalam sangkar. Maksudnya org Islam dikurung dengan sangkar dunianya sehingga tak ada masa untuk agama bahkan ada yg dirantai dgn dunianya 24 jam.

5. Agama tak ada yang nak bertanggung jawab. cth ada dua bas di stesyen bas:

1. Bas yang baru dan cantik ada kelengkapan dan diservis tetapi tiada driver dan konduktor
2. Bas yang lama dan uzur tetapi ada driver dan konduktor

Tentulah orang akan naik bas lama itu untuk sampai ke destinasi.......

Agama yang indah dan benar ini iaitu Islam tak da org nak bawak dan ambil tanggungjawab sebab itu umat ini mengikuti kekufuran.....

Wallahu alam

Semoga Allah bagi taufik untuk saya ambil tanggungjawab agama....

Read more...

Monday, March 23, 2009

Bayan Maulana Umar Palanpuri



(Semoga Jadi Maulana Kelak )

Sempat jugak saya jumpa Maulana Umar di Madinah dan Mekah 1997 .Beliau ketika itu dikelilingi oleh pelajar2 Hafiz AlQuran . Bila saya musofahah dia tengok muka saya. Muka beliau bersih bercahaya penuh dengan zikir dan fikir...do da'wah your work....Itulah Haji terakhir beliau dan selepas pulang haji beliau meninggal dunia.

Al Fatihah. Nawwarallahu Marqadahu

Bayan Oleh : Maulana Muhammad Umar Palanpuri

Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta Kestabilan wujud dalam kehidupan harian.

Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput.Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut.

Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:

1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.

2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur
balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.

3. Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat.
Disanalah segala amalan akan Dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi dilangit. Dalam ta'lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila wujudkesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah.

Kewujudan dakwah --pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati
(perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)

Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada
Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya.

Pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini."

Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah
meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran bagindaNabi saw."

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak
mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa
terkadang amal itu tidak makbul… jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.

Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian - penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah     Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih iat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina.
Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar.

Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar.
Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan
keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransuransur.

Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur,
mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: "Cepatkanlah penghisaban... kami tidak tertahan lagi kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah.

Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis
mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa
peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat.

Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada
kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak.

Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
2.Yakin kejayaan dalam amal

maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah.
Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat.

Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir.
Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu.

Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun
tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk.
Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat.
Nabi kita pernah menawarkan dirinya: "Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?" Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.

Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu.Setiap musafir diminta makan & minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi.

Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid.

Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: "Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat."

Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam
kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.

Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa,
sabar serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat.Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolonganAllah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yangkaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan.

Pertolongan Allah akan diangkat bila:

1.Buat usaha dengan niat dunia,
2.Kelemahan dalam syor,
3.Wujud pecah-belah,
4. Orang tidak taat.

Inilah yg terjadi dalam Uhud . Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia.
Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit.Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi ketika di dunia.

Fir’aun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang Allah tidak akan jalankan
operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi
penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah "melawan" turun.

Dalam perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tsb: "Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yang masih ada." Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid
hanya mengetuai 100 orang tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah ‘mensyahidkan’ gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda.

Dalam kerja ijtima’i, kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha)."

Inilah tahap Uhud:

1.Kemenangan,
2.Kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah),
3.Bantuan datang kembali .

Iktibar dari peristiwa Uhud:

1.Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu.

2.Apabila bersih barulah bantuan datang kembali.

Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya
mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw: "Orang yang terbaik diantara yang bersalah ialah orang yang bertaubat."

Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada dibelakangnya:

"Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi.Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi."
Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma' yang dia telah bertaubat.

Maulana minta dia keluar 4 bulan utk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: "Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu." Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya & berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya.

Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang bezanya cuma ikhlas atau tidak.

Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan sendirinya yang tidak tulin akan
diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong.

(Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling
heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi.Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin.

Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri
kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.

> Maulana Muhammad Umar Palanpuri<



Semoga Allah bagi taufik untuk kita ambil iktibar, amal dan sampaikan



Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP