Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Masturat 2012

 Masjid Desa Ilmu Samarahan

Bayan Masturat Rumah Kamek ( 21-24 jan 2012)

Read more...

Friday, January 6, 2012

Ijtimak Halaqah

 Ijtimak Halaqah Asajaya

Berteduh Setelah Kuyup Hujan Lebat
Samarahan akan buat pada 20 jan 2012 

Insyaallah, Ijtimak Kuching dan Sibu pada pertengahan Jun 2012


Read more...

Sunday, December 18, 2011

Jemaah Sanggau

Bergerak di Samarahan 13-18 Dec 2011 seramai 11 orang

Read more...

Thursday, December 8, 2011

Anak Bujang

Klinik Samarahan

 Sedih, masuk alam remaja


Nama: Mujahid Mohamad Zaid
Umur : 7 Tahun
Tarikh lahir: 19 Julai 2004
Masa Berkhatan: 7.30 pm (Khamis 8 Dec 2011)

Read more...

Sunday, December 4, 2011

KKI Dec 2011

Kursus Kefahaman Islam Dec 2011
Masjid Qurawiyiin

Tak pasti sama ada faham atau mengantuk

Read more...

Saturday, September 3, 2011

Jaulah Raya ke 4

Memang musim raya tak cukup kaki untuk buat jaulah. Ramai yang sibuk khususi dan balik kampong. Tapi alhamdulillah masjid kami dapat juga mengeluarkan jemaah jaulah cukup 3 orang. Route kawasan rumah 2 tingkat agak elit sedikit. Salah sebuah rumah, bila mutakalim cakap melayu tuan rumah balas english dan cerita study dia dulu kat Hawai. Lepas maghrib nampak pak cik tu ada kat masjid.

Sapa pulak nak bayan nii...minggu lepas aku dah bayan...abg asmadi tak sedia pulak katanya fikir lari...yang lagi sorang memang tak pernah..so idea drastik aku bagi microfon kat ustaz yang jadi imam maghrib (imam 3) dan mintak dia cerita agama. Dia pun setuju dan memang point macam bayan betul ada tentang 6 sifat..cuma tak de tasykil..Lepas bayan imam bagitau yang dia dulu pernah keluar jalan kaki..Subhanallah..

 Bayan Subuh Sri Petaling

Selepas azan isyak, pak cik yang speaking tadi datang jumpa dan cakap sapa ceramah tadi tu?..tak menarik kata beliau...dari dulu sampai sekarang datang masjid macam tu je cerita dan ceramah..kena skill la sket baru ramai orang minat nak dengar..tengok berapa orang jer duduk..tak mencapai objektif dan maksudlah macam tu..!..aku angguk jer...ntah ler..aku pun tak faham..apa maksud sebenar bayan atau ceramah? sapa bleh tolong jawab.....


Hasan dan Husin disemadikan Tanah Perkuburan Muara Tuang




Read more...

Wednesday, August 31, 2011

Raya Sarawak

Rumah Hj. Boserah Tg Bundung yang menang anugerah Rumah Merdeka

Tahun ni Beraya di Sarawak je..tak balik kampung tapi ok jer banyak gak rumah boleh ziarah, rasa jugak suasana kampung orang.

Read more...

Monday, July 18, 2011

Ijtimak Maghribi 2011

Tahniah peningkatan usaha di negara arab yang mana Ijtimak Maghribi pada 2-4 Syakban baru ni merupakan kali pertama mereka mengadakan Ijtimak di medan atau kawasan lapang. Sebelum ini Ijtimak diadakan di Markaz ( Masjid Nur ). Kehadiran antara 12 - 16 ribu dan sebanyak 108 jemaah tempoh yang lama dikeluarkan.


Jemaah Student UiTM di Kg Tanjung Tuang (16-18 julai 2011)

Ijtimak Palestine telah diadakan di bandar Khalil pada 7 julai 2011. Siapa ada laporan boleh share...

Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Hadiah Anniversary ke 8


Alhamdulillah,..pujian dan syukur pada mu ya Allah..telah dipermudahkan isteriku melahirkan kedua-dua anak kembar itu pada pukul 10.40 pg dan adiknya pada 11.20 pagi dengan normal tanpa melalui apa -apa pembedahan setelah hampir 15 jam berada di labour room...Hati ini dikuatkan redha dengan keputusan Allah dan kami bersedia menyambutnya kali ini tanpa tangisan sedangkan room yang lain riuh rendah dengan suara nurse, doc dan tangisan...dan lebih sedih lagi bila salah seorang nurse tu pun menzahirkan kesedihanya...subhanallah ..tak tahan..setelah selesai ku lari keluar ke wad dan nangis sepuasnya..tak sedar terover macam budak kecik pulak..


Berkat usaha agama, walaupun berada di tempat orang, tanpa adik beradik atau sedara talian darah..ramai sedara rakan seusha yang membantu menjemput jenazah dan menguruskanya di Kg Tanjung Bundong..Ahliah Syura pun ada datang di Hospital..

Setelah solat asar dan jenazah, keduanya dikebumikan di Perkuburan Islam Tanjung Bundong dalam satu kubur pada 5 julai 2011. Grrrr....Grrrr....(vibrate hp) ku lihat sms dari my lover isinya ( ari ni anniversari umi dan abi ke 8..Tp Allah dah amik semula present yang umi harapkan...)

Read more...

Sunday, July 3, 2011

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiu'n

 Bang, sakit sangat ni..tak boleh tidur...baby pun tak rasa bergerak...


Baby twin kami yang bakal lahir lagi 2 minggu didapati telah meninggal dalam kandungan walaupun pemeriksaan minggu lepas mendapati keduanya sihat dan mempunyai saiz dan berat yang sama iaitu 2kg. Kami bersabar ya Allah terhadap ujian ini..(sambil melihat persediaan untuk 2 baby lelaki telah dibeli)

Read more...

Tuesday, June 28, 2011

Ahli Jemaah Kudung

Memang ini pengalaman pertama keluar bersama orang yang kudung. Sebelum ni dah biasa keluar dengan orang buta dan bisu.

Harus yang berkaki mengambil pengajaran untuk bawa diri ke surau dan masjid. Takkan daki gunung boleh tapi daki tangga masjid tak boleh, pohonlah taufik dan hidayat.


Ceria dengan nikmat iman yang dikurniakan Allah. Kata beliau, sebelum ditimpa musibah tak datang masjid, tulah yang dikatakan bahawa ujian itu ada rahmatnya. Bila nak keluar jalan kaki...

Read more...

Thursday, June 2, 2011

Jemaah Masturat Penang

Rumah bertuah yang menerima jemaah


Ahli jemaah seramai 7 pasang berada di Kg Tg Bundong dan esok insyaallah akan ke Samar Indah, Samarahan.

Read more...

Sunday, May 8, 2011

Belajar Capati


Senang je wat capati bila tengok Mufti jamil ni buat. Jemaah Pakistan ni buat usaha di Samarahan. Sekarang berada di Masjid Sindang

Read more...

Saturday, April 30, 2011

Kematian Dicemburui

Salah seorang ahli jemaah Meninggal Syahid Ketika Jemaah dari India ini berada di Masjid BDC

Pengkebumian selesai sekitar jam 10.15 pagi, jumaat 29 mei 2011


Benarlah sebagaimana kata para sahabat ' quburana tashad lana' Kubur kami menjadi saksi bahawa kami menjalankan kerja agama dengan bertebarannya keseluruh alam..sesiapa takde niat mati syahid ditakuti mati dalam keadaan jahiliyah...Semoga Allah pilih kami juga...

Read more...

Thursday, April 28, 2011

Jemaah Bangladesh


Alhamdulillah, baru ni jem dari Bangladesh seramai 7 orang dan 1 org translator masuk halaqah Samarahan dan marhalah Desa Ilmu merupakan route pertama. Jem ini spend 5 bulan iaitu 1 bln di KL, 1 bln di Kuching, 1 bln di Sibu, 1 bln di Nepal dan 1 bln di negara mereka sendiri.

Selepas solat asar dan mendengar kepentingan dakwah dan ziarah, uncle ni terus berminat bawa jemaah ziarah anaknya di sek rendah yang baru berumur 7 dan 6 tahun. Dia suruh ahli jem cakap dan dia translate untuk anaknya..Subhanallah

Pagi tadi terima berita seorang ahli jemaah dari India pula yang berada di Taman BDC meninggal di Jalan Allah malam tadi. Innalillahi Wa innailaihi rajiun..

Read more...

Tuesday, April 12, 2011

IID Sarawak 2011

Product Unit IT

Display Johan tahun lepas


Product Group Kami

Read more...

Saturday, March 5, 2011

Jemaah Yaman

Di Masjid Desa Ilmu selama 3 hari

Jamuan Tengahari Rumah Us Syahiran, jazakallah

Kasih sayang atas satu kalimah dari negara dan bangsa berlainan berkat usaha dakwah

Read more...

Sunday, February 6, 2011

Muara Tuang


Masjid Darul Takwa Muara Tuang


Bersama Student UiTM 3 - 6 Feb 2011

Read more...

Monday, January 17, 2011


Ziarah Khususi di Kg Baru Samarahan. Jemaah kami 9 orang buat usaha di sekitar Surau Kg baru selama 3 hari. Semoga Allah terima..

Read more...

Sunday, January 16, 2011

KK Islam UiTM 2011


Kursus Kefahaman Islam Untuk Pelajar Baru 2011. Semoga mendapat kefahaman agama dan berpegang teguh pada Islam.

Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP