Blog Widget by LinkWithin

Monday, July 25, 2011

Penulis dan Jemaah di Guatemala


Abdullah Jumaili, seorang penulis dari Arab Saudi menceritakan pengalaman beliau ketika bertemu Jemaah Dakwah yang bergerak di Guatemala, Amerika Selatan. Tulisan beliau boleh dilihat di SINI . Ringkasnya, menurut beliau itulah pertama kali beliau berjumpa dengan jemaah tabligh di sebuah masjid. Walaupun sebelum ini banyak mendengar perkara yang negatif tentang jemaah ini, namun beliau tetap cuba mendekati jemaah itu yang kebanyakannya berasal dari Jordan. 

(Nusrah Jemaah 4B dari Madras di Muara Tuang)

Menurut beliau, " Apa yang saya suka tentang mereka ialah gaya dan cara mereka  mengajak orang ramai untuk berdakwah dan akan keluar bersama mereka, Inilah sebenarnya yang hilang dalam masyarakat Islam iaitu dailog, pujukan dan ajakan kepada kebaikan dengan toleransi " 


Boleh baca lagi kat sini

Read more...

Monday, July 18, 2011

Ijtimak Maghribi 2011

Tahniah peningkatan usaha di negara arab yang mana Ijtimak Maghribi pada 2-4 Syakban baru ni merupakan kali pertama mereka mengadakan Ijtimak di medan atau kawasan lapang. Sebelum ini Ijtimak diadakan di Markaz ( Masjid Nur ). Kehadiran antara 12 - 16 ribu dan sebanyak 108 jemaah tempoh yang lama dikeluarkan.


Jemaah Student UiTM di Kg Tanjung Tuang (16-18 julai 2011)

Ijtimak Palestine telah diadakan di bandar Khalil pada 7 julai 2011. Siapa ada laporan boleh share...

Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Hadiah Anniversary ke 8


Alhamdulillah,..pujian dan syukur pada mu ya Allah..telah dipermudahkan isteriku melahirkan kedua-dua anak kembar itu pada pukul 10.40 pg dan adiknya pada 11.20 pagi dengan normal tanpa melalui apa -apa pembedahan setelah hampir 15 jam berada di labour room...Hati ini dikuatkan redha dengan keputusan Allah dan kami bersedia menyambutnya kali ini tanpa tangisan sedangkan room yang lain riuh rendah dengan suara nurse, doc dan tangisan...dan lebih sedih lagi bila salah seorang nurse tu pun menzahirkan kesedihanya...subhanallah ..tak tahan..setelah selesai ku lari keluar ke wad dan nangis sepuasnya..tak sedar terover macam budak kecik pulak..


Berkat usaha agama, walaupun berada di tempat orang, tanpa adik beradik atau sedara talian darah..ramai sedara rakan seusha yang membantu menjemput jenazah dan menguruskanya di Kg Tanjung Bundong..Ahliah Syura pun ada datang di Hospital..

Setelah solat asar dan jenazah, keduanya dikebumikan di Perkuburan Islam Tanjung Bundong dalam satu kubur pada 5 julai 2011. Grrrr....Grrrr....(vibrate hp) ku lihat sms dari my lover isinya ( ari ni anniversari umi dan abi ke 8..Tp Allah dah amik semula present yang umi harapkan...)

Read more...

Sunday, July 3, 2011

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiu'n

 Bang, sakit sangat ni..tak boleh tidur...baby pun tak rasa bergerak...


Baby twin kami yang bakal lahir lagi 2 minggu didapati telah meninggal dalam kandungan walaupun pemeriksaan minggu lepas mendapati keduanya sihat dan mempunyai saiz dan berat yang sama iaitu 2kg. Kami bersabar ya Allah terhadap ujian ini..(sambil melihat persediaan untuk 2 baby lelaki telah dibeli)

Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP