Hadiah Anniversary ke 8
Alhamdulillah,..pujian dan syukur pada mu ya Allah..telah dipermudahkan isteriku melahirkan kedua-dua anak kembar itu pada pukul 10.40 pg dan adiknya pada 11.20 pagi dengan normal tanpa melalui apa -apa pembedahan setelah hampir 15 jam berada di labour room...Hati ini dikuatkan redha dengan keputusan Allah dan kami bersedia menyambutnya kali ini tanpa tangisan sedangkan room yang lain riuh rendah dengan suara nurse, doc dan tangisan...dan lebih sedih lagi bila salah seorang nurse tu pun menzahirkan kesedihanya...subhanallah ..tak tahan..setelah selesai ku lari keluar ke wad dan nangis sepuasnya..tak sedar terover macam budak kecik pulak..
Berkat usaha agama, walaupun berada di tempat orang, tanpa adik beradik atau sedara talian darah..ramai sedara rakan seusha yang membantu menjemput jenazah dan menguruskanya di Kg Tanjung Bundong..Ahliah Syura pun ada datang di Hospital..
Setelah solat asar dan jenazah, keduanya dikebumikan di Perkuburan Islam Tanjung Bundong dalam satu kubur pada 5 julai 2011. Grrrr....Grrrr....(vibrate hp) ku lihat sms dari my lover isinya ( ari ni anniversari umi dan abi ke 8..Tp Allah dah amik semula present yang umi harapkan...)
10 comments:
bersabar la tuan. Allah maha mengetahui dan maha suci tidak akan menzalimi hambanya.
Semoga Allah mengurniakan yg lebih baik kpd tn sekeluarga.
MasyaAllah,tuan...Allah lebih mengetahui,sabar untuk tuan dan isteri ye,beruntung jugak tuan dan isteri (dalam kesedihan) Daie2 tuan tu akan menanti2 tuan dan isteri di pintu syurga,InsyaAllah!
innalillah
salam takziah buat ibu dan bapa arwah.
semoga kalian berjumpa mereka di Jannatul Firdaus kelak. Amin.
jazakumullah khairan kathira...semoga tuan2 dan puan2 ditingkatkan darjat disisi Allah...
Semoga Allah bg ganjaran yg besar pd tuan dan ahlia berkat kesabaran tuan sekeluarga..kembar tuan tu Allah simpan untuk bantu tuan dan ahlia di akhirat nti..insyaAllah
aminnn ya rabb..
Assalamu'alaikum. Takziah buat ustaz dan isteri.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari s.a.w. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika anak seorang hamba Allah meninggal dunia, maka Allah berkata kepada para malaikat, “Apakah kalian sudah mengambil nyawa putera seorang hambaKu?”
Para malaikat menjawab, “Ya.” Allah bertanya lagi, “Lalu apa yang dikatakan oleh hambaKu?”
Para malaikat menjawab, “Ia membaca hamdalah (memuji Allah) dan istirja’ (mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raji’un; kita ini milik Allah dan hanya kepada-Nya kita kembali).”
Allah kemudian berfirman, “Kalau begitu, bangunkan untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di dalam surga dan namakan rumah tersebut dengan Baitul-Hamdi (Rumah Pujian).”
(HR Tirmizi)
Salam..
Walaupun dah lama berlalu, saya masih nak ucapkan takziah. Dapat saya rasakan hancur luluhnya hati tuan dan isteri. Pada 4.7.11 sy jg bersalin anak kembar yg mana 1 darinya meninggal dalam perut sehari sebelum bersalin..
Pd masa tu sy rasa jiwa sy kosong, xnak senyum xnak nangis.Sbb ape yg sy harapkan tak berlaku. Melihatkan persiapan yg tersedia sy jd sakit hati. Sy lebih byk memendam hati..
Membaca antry tuan, buat sy rasa lebih bertuah dan sy patot sgt2 bersyukur..
memang kita semua sgt2 patut bersyukur..alhamdulillah
Post a Comment