Blog Widget by LinkWithin

Monday, October 26, 2009

Pergi Tak Kembali



Cucu kesayangan abah mencuba kasut pusaka



Pemulangan senapang abah di balai polis



Selepas berbuka dan solat maghrib, aku kembali ke katil abah dan meminta izin untuk pulang ke lukut. Waktu itu ijan ada bersama abah manakala mak dan kak long yang baru sampai semula dari kampong mengambil keperluan masih di surau. Aku salam dan mencium tangan abah agak lama dari biasa. Memang berat ku rasa untuk meninggalkan abah, tapi niat aku untuk mengambil keperluan dan besok aku cadang untuk bercuti sedangkan sebelum abah masuk wad aku telah hantar borang cuti hari jumaat.Jadi cuti 2 hari berturut ni aku cadang memang nak tidur di hospital. Ku tinggalkan abah di wad bersama mak dengan keadaan yang tenang dan harapan besok keadaan akan bertambah baik.

15 oktober 2009

Pukul 3.15am.” abang! Abah dah tak ada! “ teriak isteriku . Innalillahi Wainnailaihi Rajiuun….sambil tangannya masih memegang hp. Sengaja ku letakkan hp ku di kepala malam tu takut kalau ada emergency tidak seperti biasa hp hanya ku letakkan di bilik lagi satu. Kami bersiap untuk terus ke kampong yang mengambil masa 40 minit.

Kulihat jenazah abah sudah ada di serambi sambil mata kakak –kakak ku merah dan ada yang menyedut hingus. Kulihat wajah abah tenang, putih dan akulah orang pertama mencium dahi jenazah abah dan diikuti oleh semua beradik dan anak saudara.

Aku disuruh oleh abang aji untuk mengetuai semua upacara menyempurnakan jenazah abah sehingga dikebumi. Memang semua tahu abah masa hidupnya selalu bercakap supaya aku boleh memandikan, mengimami solat jenazah dan talkin untuknya. Semasa aku tingkatan satu lagi abah dah cakap perkara itu. Hati ku tiba-tiba bertambah sedih bila kak chik datang dan mengucapkan ”Selamat Hari Jadi Aid ” diikuti dengan kak lang dan kak teh.

Saudara mara, kawan –kawan abah dan kawan- kawan anak2 abah memang ramai yang datang ziarah. Undang Rembau yang memang kawan baik abah menyuruh polis mengawal lalu lintas yang tergendala akibat kereta yang diparking di tepi-tepi jalan. Waktu solat jenazah lantai rumah abah berbunyi kerana sesak dan ramai yang naik ke atas. Aku masih ingat ketika abah datang ke masjid Jamek Rembau untuk menziarahi jemaah 4 bln dari  Sri lanka, dan setiap ahli jemaah memeluk abah dan mereka semua dipelawa oleh abah ke rumah untuk makan tengahari. Aku lihat abah begitu gembira melihat mereka makan masakan yang dimasak oleh mak dan dibantu oleh aku. Dan solat jenazah abah pun juga disertai oleh jemaah masturat Sri Lanka yang dibawa oleh syura ns Haji Johari.Jenazah abah selamat dikebumi dan talkin berakhir 15 minit sebelum zohor.

Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh..aminn.

"Abah yang ceria dengan anak cucu dan sering memberi nasihat"......

Al Fatihah

Hadiah harijadi aku tahun ini ialah memandikan, mengapan, mengimami solat jenazah dan mengebumikan jenazah abah.


Read more...

Tuesday, October 20, 2009

Tapi...semua tinggal kenangan..

"Dunia tempat persinggahan sementara, Akhirat adalah kehidupan sebenar yang kekal abadi. Buatlah persiapan rapi supaya berjaya di kehidupan sana"

Rabu 14 okt 2009.

Pukul 8.00 pg kak lang call bagitau abah nak gi klinik...tapi bang lang dah nak sampai. Kenapa abah tak call aku..? Selalu akulah yang abah call kalau nak sesuatu sebab aku yang paling dekat tempat keje dengan kampung. Aku penasihat abah bhgn agama dan telekomunikasi. Aku yang gi beli hp abah sejurus abah bersetuju nak pakai hp. Kalau nak reload. masaalah betri dan toturial bekenaan hp memang abah rujuk aku dan suruh aku balik hingga penah satu hari aku minta keluar dari sekolah balik kampung sebab nak tolong masukkan charger yang 2 pin tu ke plug ..memang aku dah siap masukkan, tapi mungkin tercabut...sebab abah hanya biasa plug 3 pin. Tapi...semua tinggal kenangan...

Pukul 8.05 pg aku terus call abah. Abah jawab dengan suara yang sihat, segar seperti tiada apa yang berlaku. Abah bagitau sekarang banglang ngan kak teh dah sampai nak pegi klinik di tampin. Dan abah call aku ketika aku lalu kat kawasan tade line dlm perjalanan ke sekolah..umobile mane ade hantar sms untuk miss call. Akupun terus uruskan sedikit kerja dan check jadual waktu dan ke pejabat dengan tenang. Dalam fikiran, aku ingat nak jumpa abah di kampung setelah dia balik dari klinik. Biasanya abah suka pegi Klinik Dr Sulaiman dan aku memang selalu hantar dan teman abah ke situ. Tapi...semua tinggal kenangan...

Pukul 8.50 pg kak teh call dengan suara yang agak cemas, " aid copek datang spital abah pengsan ni..." Ya Allah aku segera ke pejabat sambil hatiku berdoa kebaikan untuk ayahku. Abah memang sihat setakat ni. Semua beradik tau abah tak penah masuk wad atau mengidap apa-apa penyakit pakej orang tua sekarang. Dalam usia 76 tahun dia masih cerah penglihatan memandu Ad Resortnya. Kalau mesin rumput guna mesin sandang tu dia masih boleh bertahan dalam 1 ke 2 jam. Berkebun menanam pisang, keladi, cili api, ubi kayu dan lain2 masih diteruskan. Kalau tak bekebun dan keluar peluh.. dia mungkin demam...Tapi...semua tinggal kenangan...

Pukul 9.45 pg kak teh keluar dari bilik doktor dan panggil aku, " aid,  jantung abah stop tadi, ubat yang doktor nak bagi abah tu tak halal..ada khinzir, doktor tanya nak bagi ke tak?..dia suruh kita bincang". Kalau tak halal buat apa nak bagi, kebaikan tak datang dengan melanggar perintah Allah. Kak teh cakap diapun pikir cam tu gak, tapi tunggulah beradik lain. Doktor terus mendesak dengan pertanyaan " dah bincang hal tadi ?" Ku jawab nanti dulu sambil istighfar dan selawat mohon kebaikan untuk abah. Ada 6 beradik aku yang belum sampai lagi. Yang paliing jauh Ijan di Kuantan dan kak chik di Johor bahru. Tapi..Semua tinggal kenangan..

Pukul 10.15 pg abg aji dan kak lang sampai. Kami berbincang dan mencari ubat alternatif lain yang halal. Aku dan abang sibuk dengan hp..merujuk kepada member2 yang doktor. Akhirnya dengan izin Allah kami dapat satu klu.." Fondaparinux" iaitu ubat yang halal dan boleh digunakan. Dr Ardiff yang masih muda lingkungan 27 tahun menyuruh kami merujuk kepada pengarah hospital untuk membenarkan penggunaan ubat luar di hospital ini. Seingat aku pengarah cakap " Yelahh..tapi kan Rasullulah pun cakap kalau takde makanan khinzir pun boleh makan.." bedesing telinga aku..tapi aku bukan nak berhujah dengan dia..cuma dia benarkan..oklah. Di situ jugak aku guna komputer untuk search ubat dan no tel private hospital yang berhampiran. Tapi..semua tinggal kenangan...

Pukul 1.30 pm. Lepas zohor aku, abg aji, kak long ke pantai hospital di melaka setalah kami hubungi colombia dan kpj di seremban yang tidak mempunyai ubat tersebut. Kenapalah umat ini masih bergelumang dengan benda haram segi hukum..memang tiada kejayaan. Surat dari Dr Ardiff kami ajukan kepada bahagian farmasi di Pantai Hospital. Amat Menyedihkan apabila ubat yang dikeluarkan ialah "Flaxiparine" masih ada extract khinzir. Kami buntu sambil meninggalkan kaunter farmasi. Ya Allah bantulah kami...kulihat masih ada no tel Putra Specialist yang belum dihubungi. Tapi natijahnya sama apabila pegawai farmasi itu mengatakan bahawa di sana hanya ada glaxene dan flaxiparine. Maka ku minta bantuan darinya supaya mencari dimana terdapat Fondaparinux. Tapi..semua tinggal kenangan..

Pukul 2.00 pm kami masih di Pantai hospital tanpa ada perbualan. kak long dan abg aji memerhati orang yang keluar masuk hospital sedang aku menggenggam hp yang biasanya di pinggang dengan harapan ada berita baik untuk abah dan kami. Alhamdulillah dengan izin Allah aku dihubungi supaya datang ke Putra Specialist untuk mengambil ubat tersebut.

 



Pkl 4.30 pm , dengan izin Allah, abah semakin baik. boleh bercakap dengan kuat, tersenyum dan boleh bangun seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku. Tekanan darah abah telah naik melebihi 100. Maka pukul 6.00 pm semua beradik dan ipar beredar meninggalkan hospital balik ke Kampung. Yang masih di sisi abah aku, ijan dan abang aji. Tapi...semua tinggal kenangan..

Al Fatihah

Akan bersambung....

Read more...

Sunday, October 11, 2009

Surat Terbuka Guru Kecewa



CORETAN ini khas ditujukan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan semua warga pendidik. Saya merupakan seorang warga pendidik yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Saya telah membelanjakan duit poket sendiri hampir RM30,000 untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Baru-baru ini, saya telah ditawarkan jawatan pensyarah (DS 45) di salah sebuah universiti tempatan. Oleh itu, saya telah memohon pelepasan jawatan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Namun pihak kementerian menolak permohonan ini dengan alasan perkhidmatan saya diperlukan dan opsyen saya, Geografi, adalah subjek yang kritikal di sekolah.

Dalam surat yang sama, pihak KPM menyatakan sekiranya saya masih berminat untuk berkhidmat di universiti, saya perlu meletak jawatan. Tanpa berputus asa, saya telah mengemukakan rayuan demi rayuan sebanyak tiga kali. Amat mendukacitakan, semua rayuan ini ditolak.

Berdasarkan senario di atas, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:

n Adakah sebarang pekeliling atau dasar yang menghalang seorang penjawat awam (guru) untuk bertukar dari Kementerian Pelajaran Malaysia ke kementerian yang lain?

n Saya tidak terikat dengan sebarang kontrak atau perjanjian dengan KPM. Selain itu, saya tidak menggunakan wang KPM untuk mendapatkan ijazah. Oleh itu mengapakah Bahagian Sumber Manusia tidak mengizinkan saya untuk berkhidmat di universiti?

n Mengapakah saya perlu letak jawatan untuk berkhidmat di universiti awam? KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan institusi kerajaan. Lagi pun saya masih akan berkhidmat di dalam bidang yang sama iaitu pendidikan. Ini kerana saya ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan.

n Mengapakah Bahagian Sumber Manusia perlu double standard dalam memberi pelepasan kepada guru untuk berkhidmat sebagai pensyarah di universiti? Beberapa orang rakan saya berjaya mendapat pelepasan daripada Bahagian Sumber Manusia untuk berkhidmat di IPTA sedangkan mereka juga mengajar subjek kritikal di sekolah (bahasa Inggeris, bahasa Tamil, Sains Sukan dan Pendidikan Khas). Adakah mereka berjaya mendapat pelepasan kerana mengenali orang dalaman KPM?

n Sekiranya kami guru-guru senior yang berpengalaman tidak dibenarkan untuk berkhidmat di Fakulti Pendidikan universiti awam, siapakah yang akan mendidik dan membimbing bakal-bakal guru. Adakah bakal-bakal guru ini akan diberi kuliah oleh tutor-tutor atau pensyarah-pensyarah muda yang tidak pernah menjadi 'cikgu' di sekolah?

Selain itu, pelepasan seorang guru dapat membantu pihak universiti dalam melatih berpuluh-puluh orang guru yang seterusnya akan mengisi jawatan sebagai pendidik di sekolah. Kenyataan ini ibarat 'Seorang guru dilepaskan untuk melahirkan berpuluh-puluh orang guru yang baru'.

n Sekiranya KPM begitu sayang hendak melepaskan guru-guru yang berpengalaman ke tangan orang lain, saya menyeru agar pihak atasan bayar gaji kami setaraf kelulusan yang dimiliki. Ini kerana saya sekalipun telah memiliki ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana, saya menerima gaji setaraf gaji ijazah sarjana muda. Rakan saya di universiti yang memiliki kelulusan yang setaraf memperoleh gaji dan elaun yang lebih lumayan.

n Setiap kali rayuan saya ditolak oleh Bahagian Sumber Manusia dengan alasan perkhidmatan saya diperlukan kerana saya beropsyen Geografi dan merupakan subjek kritikal di sekolah. Saya ingin bertanya subjek apakah yang tidak kritikal di sekolah? Boleh dikatakan semua subjek atau mata pelajaran adalah kritikal. Oleh itu, memang sah guru yang mengajar di sekolah tidak berpeluang untuk menjadi pensyarah di universiti.

n Saya juga telah memohon beberapa jawatan di Pejabat Pelajaran Daerah dan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan KPM. Adakah saya tidak berpeluang untuk menjawat jawatan di jabatan tersebut kerana beropsyen Geografi? Kenapa rakan-rakan saya yang mengajar Geografi di sekolah dibenarkan untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Pusat Ko-kurikulum dan KPM? Bukankah khidmat mereka amat diperlukan untuk mengajar subjek tersebut di sekolah.

Saya merayu kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia memberi perhatian yang serius terhadap isu ini. Tindakan Bahagian Sumber Manusia, KPM yang tidak adil dan bertindak double standard akan melahirkan ramai guru cemerlang di sekolah yang burn out.

PENDIDIK KECEWA

Kuala Lumpur

(Perkara ni ada kene mengena dengan saya yang sedang menunggu mesyuarat pelepasan dengan izin di bhgn sumber manusia kpm.. doakan supaya dapat kelulusan...kok tak tepaksalah letak jawatan...baru 3 tahun service)


Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm&arc=hive

Read more...

Saturday, October 10, 2009

Ziarah Zoo Melaka



Memang tak penah masukpun zoo ni...walaupun selalu mesyuarat dan kursus kat hotel sebelah..



Zinierah Bleh cakap dengan burung..



Rasa nak buat korban Raya Haji nanti...



Pertunjukan Gajah..berapa banyak masa yang dihabiskan untuk usaha latih gajah...



Kolam d"Village Resort



Dalam Mydin Mall Air Keroh


Read more...

Tuesday, October 6, 2009

Doa Hidayat untuk S. Tantawi



Tetiba je haramkan pemakaian purdah..buat rosak nama Universiti Al Azhar..kata tak ada kaitan dengan Islam..biar betul pak chik ni..semoga Allah pelihara umat Islam...Tekedu dibuatnya..tak terkata....Doa hidayat untuk saya jugak yg lemah dalam usaha...

أعترض الكثير من المسلمين (وأنا منهم) على رئيس الوزراء الفرنسي اللذي هاجم النقاب بشدة , وعلى محاولات فرنسية وأوربية بفرض قوانين تمنع أرتدائه . وكان سبب أعتراضنا هو أن أوربا تخالف مبادئها العلمانية اللتي ألزمت بها نفسها . فالحريات الشخصية في كل شئ هي أمر مقدس بالنسبة لهذه المباديء . ومن هذه الحريات حرية الملبس . صحيح أن أجبار المرأة على أرتداء النقاب يعتبر مخالفة صريحة لمباديء الحرية الشخصية العلمانية , ألا أن التنقب الطوعي للمرأة يعتبر من صميم الحرية الشخصية , تماما كحرية المرأة اللتي تلبس ملابس أقرب منها الى الملابس الداخلية منها الى الملابس الأعتيادية , واللتي حاربت أوربا من أجل أن ترتديها نسائها .

ليس مخالفة الأوربيين لمبادئهم العلمانية بحد ذاته هو ما أثار حفيظتنا . فهذه دولهم وقوانينهم يفعلون بها ما يشائون . ألا أن أستهداف فئة معينة أو مجموعة دينية معينة بهذا التدخل دونا عن باقي المجتمع هو ما يدعونا الى الأعتراض . ومبدأ أعتراضنا هنا هو القاعدة اللتي تقول بأني ألزمك بما ألزمت به نفسك .

قد تكون أعتراضات أوربا على النقاب مفهومة ضمن الصراع الحضاري بين الغرب والأسلام . ألا أن ما أثار دهشتي هو خبر "أجبار شيخ الأزهر محمد سيد طنطاوي إحدى الطالبات المنتقبات في الصف الإعدادي الثاني، على خلع نقابها، لاعتباره "مجرد عادة لا عبادة"، مؤكداً نيته إصدار قرار رسمي بمنع دخول المنقبات إلى المعاهد الأزهرية" .

وقعت الحادثة خلال جولة تفقدية لطنطاوي للاطلاع على استعدادات المعاهد الأزهرية لمواجهة انتشار فيروس انفلونزا الخنازير .

ففي معهد فتيات أحمد الليبي بمدينة نصر، فوجئ طنطاوي بطالبة في الصف الثاني الاعدادي ترتدي النقاب داخل الفصل، ما أدى إلى انفعاله بشدة، وطالبها بضرورة خلعه قائلاً "النقاب مجرد عادة لا علاقة له بالدين الإسلامي من قريب أو بعيد، وبعدين إنت قاعدة مع زميلاتك البنات في الفصل لابسة النقاب ليه؟"، بحسب ما نقلت صحيفة "المصري اليوم"، الاثنين 5-10-2009. ولم تجد الطالبة أمامها وسيلة أخرى في مواجهة إصرار شيخ الأزهر على خلع النقاب سوى تنفيذ الأمر بخلعه وكشف وجهها، فعلّق طنطاوي قائلاً: "لما إنت كده أمال لو كنت جميلة شوية كنت عملتي إيه؟".

وردت إحدى المدرسات بالمعهد قائلة إن الطالبة تخلع نقابها داخل المعهد لأن كل المتواجدات فيه فتيات، "ولم تقم بارتدائه إلا حينما وجدت فضيلتك والوفد المرافق تدخلون الفصل".

لكن شيخ الأزهر طلب من الفتاة عدم ارتداء النقاب مرة أخرى طوال حياتها، فقالت إنها تقوم بارتدائه حتى لا يراها أحد، فرد طنطاوى منفعلاً: "قلت لك إن النقاب لا علاقة له بالإسلام وهو مجرد عادة، وأنا أفهم في الدين أكتر منك ومن اللي خلفوكي".

على الفور، أعلن طنطاوي عزمه إصدار قرار رسمي بمنع ارتداء النقاب داخل المعاهد الأزهرية، ومنع دخول أي طالبة أو مدرسة المعهد مرتدية "النقاب وشملت جولة طنطاوي التفقدية أيضاً مجمع معاهد مدينة نصر، وفتيات المنطقة السادسة. وشدد خلال جولته على ضرورة لصق الإرشادات الخاصة بمواجهة فيروس الانفلونزا في الأماكن الظاهرة بالمعاهد الأزهرية، والاهتمام بغرف الرعاية الصحية والنظافة الدائمة في الفصول الدراسية ودورات المياه، مع التأكيد على عدم تجاوز الكثافة المسموح بها داخل الفصول".
الحقيقة أنتابتني حالة من الضحك وأنا أقرأ الخبر , ليس بسبب غرابته , وأنما بسبب الأسلوب الفض لشيخ الأزهر في دعوة الفتات الى التخلي عن النقاب . واللذي يربأ عن أتباعه رجل شرطة في الشارع . وهذا اسلوب ليس غريبا على طنطاوي , فلا زلت أذكر سبه للصحفي اللذي سأله عن صحة أفتائه بخلع الحجاب بكلمة (( يا ابن الكلب )) .

بالرغم من أني مع لبس المرأة للحجاب بنسبة مئة بالمئة . ومع أصدار قوانين ملزمة بذلك في الدول المسلمة أعتمادا على تشريعات القرآن . ألا أني ضد النقاب أيضا بنسبة مئة بالمئة . لأني أراه معيقا حقيقيا لحركة المرأة . ولا أعرف نساء ترتدي النقاب من عائلتي الكبيرة أو من عشيرتي الأقربين . مع أن ما لايقل عن 80 بالمئة منهن محجبات . وسبب أعتراضي على النقاب المعيق مبني على الرأي اللذي ذكره طنطاوي للفتاة . وأعني أن النقاب ليس مفروض شرعا . بل هو تطوع . أي ان تركه لا يعتبر مخالفة لأمر شرعي موجب للعقاب الألهي . تماما كالألتزام بالصلاة المكتوبة وترك الصلواة المستحبة والنوافل . أذا فما الداعي للتنقب ؟ .

(( جاء اعرابي الى مسجد الرسول وسأل من محمد فاجابه الصحابة انه ذلك المتضجع هناك بين رفاقه . وما ان وصل الي الحبيب حتى قال له يا محمد اني سائلك ومشدد عليك . فأنتصب الرسول جالسا وبدأ يسمع . فقال الاعرابي من الذي رفع السماء , فأجابه الرسول الله . فقال الاعرابي من الذي بسط الارض , فأجابه الرسول الله . فقال الاعرابي من الذي نصب الجبال , فأجابه الرسول الله . فقال الاعرابي اسألك بالذي رفع السماء وبسط الارض ونصب الجبال . االله بعثك الينا بالحق رسولا , فأجابه الرسول اللهم نعم . فقال الاعرابي وفرض علينا خمس صلوات وحج البيت وصوم رمضان والزكاة . فقال الرسول اللهم نعم , فقال الاعرابي يامحمد واللذي بعثك بالحق . لن اصلي الا الخمس صلوات ولن اصوم الا رمضان ولن احج الا مرة واحدة ولن ازكي الا بما يتسع لي . وترك الاعرابي المسجد وخرج , فنظر اليه المصطفى وقال لرفاقه . ان صدق دخل الجنة )) .

لست أدعو الى ترك المستحبات هنا بالطبع , فمن منا يضمن صحة صلاته وصومه وباقي عباداته اللتي نجتهد لأكمالها بالتطوعات والمستحبات . ولنفس الأسباب لا يجب أن نهاجم المرأة اللتي تريد التنقب تطوعا . فهذه حرية شخصية لاتخالف الشرع ولا القانون . ألا أننا لا بد أن نعترض على طريقة شيخ الأزهر في أيصال الفكرة الى الناس .

نعم أوافقك يا سيادة الشيخ في أن النقاب ليس فرضا شرعيا . ونحن نطالب بأصدار قوانين تمنع أي أحد من فرض النقاب على المرأة اللتي لا ترغب بالتنقب أعتمادا على الشريعة . ألا أن أجبار النساء المتطوعات بأرادتهن على خلع النقاب يجعلك وساركوزي في خندق واحد . كما أن الدعوة لعدم التنقب تكون بالحكمة والموعظة الحسنة . لا بالتهكم على شكل البنت ووجهها .

ألا تعرف ياشيخ بأن هذه هي خلقة الله , والتهكم عليها حرام ؟ . كما أن التهكم على شكل البشر وعيوبهم الخلقية ليس من الأنسانية ولا من الأدب ولا من الأخلاق في شيء . ولن أتكلم عن عبارة "اللي خلفوك" بشيء . فالعبارة تدين نفسها بنفسها . فهل هذه هي أخلاق المسلم اللتي تذكرها كل يوم في خطبك . أم تراك نسيت أن الله جل جلاله ما بعث محمدا صلوات الله وسلامه عليه , ألا ليتم مكارم الأخلاق .

من اللذي يعظ من هنا ؟؟؟ .


http://www.alarabiya.net/articles/2009/10/05/87014.html

http://www.almasry-alyoum.com/article2.aspx?ArticleID=228178

 




Read more...

Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi Sumatra Barat ( Padang Sumbar)

Ya Allah janganlah kami diazab sebab dosa-dosa kami...
























Ampunilah kami Ya Allah banyak kerja agama kami tak buat...sibuk dengan dunia kami dan hal peribadi..memang penah kluar kat sana ..tapi cuma 40h..ramai lagi orang tak jumpa..



Sekian Manusia Resah Menatap Wajah Sesamanya
Duka Karena Bencana
Petaka Menimpa Diri dan DAlam Hatinya Berkata
Besarkah Dosa Hamba ?

Menjelang Saat Ajal Daku Membayang
Gapai Tangan Minta
Tolong Semua

Bencana Alam Melandanya
Kehendak Yang Kuasa
Peringatan Kah Bagi Kita ?
Manusia Di Dunia

Karena Kita Tlah Saling Cinta Harta Benda dan Kuasa
Tanpa Pandang Kebenaran
dan Tanpa Pandang Keadilan

Bencana Alam Melandanya
Tiada Seorangpun Kuasa Menekan
Bencana Alam Melandanya
Miskin Kaya Kana Petaka Yang Sama

Akhirnya ku Merenung Pula
Mengapa Bencana Alam Meraja ?
Oh Oh aku Tak Kuasa

Mungkinkah Kau Merenung Juga ?
Mengapa Bencana Alam Meraja ?
Oh Oh Ampunilah Yang Kuasa
Oh Oh Ampunilah Semua

Sumber dari
sini

Read more...

Sunday, September 27, 2009

Galeri Raya 09



Abah & Mak kat Rumah Kak Teh



Zinierah



Mmm....



Sabar Menunggu kat umah Atok pulau



Sepupu sepapat



Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Jgn lupa pose 6..kalau buat Gash lagi selalu dapat raya..

Read more...

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Dan Al Quran



SEMPENA bulan Ramadan yang mulia, boleh dikatakan hampir semua masjid di Malaysia menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan al-Quran. Antaranya majlis tadarus al-Quran, bacaan al-Quran, solat terawih berimamkan seorang hafiz al-Quran yang membaca satu juzuk sehari, bacaan al-Quran di perkuburan dan majlis khatam al-Quran.

Secara umumnya hasrat, perancangan dan pelaksanaan program-program tersebut memberi kesan yang baik kepada kita dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimanapun, kita perlu lebih daripada program itu sebenarnya.

Jika kita perhatikan hampir semua program yang berkaitan dengan al-Quran secara umumnya hanya berkisar kepada tahap ‘membaca’. Pergilah mana-mana masjid atau surau, kita akan dapati kebanyakan umat Islam masih lagi berkisar tentang membaca al-Quran.

Sekarang kita memerlukan lebih daripada sekadar tahap membaca al-Quran. Secara umumnya kita boleh klasifikasikan prestasi kita terhadap hal-hal berkaitan al-Quran kepada lima peringkat atau lima tahap iaitu:
 

Pertama: Membaca al-Quran;

Kedua: Menulis ayat al-Quran;

Ketiga: Memahami makna al-Quran;

Keempat: Mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian
berkaitan isi kandungan dan mengaitkan dalam kehidupan seharian;

Kelima: Penghayatan terhadap ajaran al-Quran.

Cuba kita bandingkan umat Islam di Malaysia dengan masyarakat di Barat atau orang Yahudi dari segi pencapaian dalam bidang al-Quran. Rata-rata umat Islam di Malaysia masih berada di tahap pertama.

Sebab itu seorang pemimpin Yahudi apabila disoal tentang bagaimana hendak menghadapi
cabaran umat Islam yang dibekalkan dengan al-Quran, dia tidak bimbang langsung.

“Tidak bimbangkah kita terhadap umat Islam? Adakah kita tidak akan sekali-kali dapat
mengalahkan mereka selagi mana al-Quran ada pada tangan mereka?” tanya seorang ahli
perwakilan Yahudi kepada pemimpinnya.

Pemimpin besar Yahudi itu menjawab: “Apa perlu kita bimbangkan mereka? Ya, mereka ada al-Quran tetapi berapa ramai di kalangan umat Islam yang boleh membaca al-Quran? Kalau boleh membaca, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh menulis ayat al-Quran? Kalau boleh menulis, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka? Kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah yang tinggal di kalangan mereka dalam menghayati al-Quran?”
 
Renungkanlah kata-kata pemimpin besar Yahudi itu. Itu adalah satu cabaran kepada kita. Berapa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini yang boleh membaca al-Quran? Kita mungkin boleh mendapat jawapannya ketika majlis tadarus al-Quran yang kita lakukan sekarang.

Katakan dalam satu kumpulan tadarus ada 10 orang. Berapa ramai yang boleh membaca
dengan betul, bertajwid dan berlagu? Berapa ramai yang boleh membaca dengan betul dan
bertajwid sahaja? Berapa ramai pula yang boleh membaca dengan ala kadar atau cukup
makan sahaja? Dan soalan seterusnya, berapa ramai yang membaca dalam keadaan yang
boleh diistilahkan ‘merangkak-rangkak’? Anda boleh menjawabnya.
 
Itu baru dalam tahap pertama iaitu bacaan. Bagaimana pula dengan tahap penulisan ayat al-Quran? Anda boleh lakukan sendiri uji kaji ini. Cuba edarkan sebatang pen dan sehelai kertas kepada jemaah solat Maghrib di masjid. Arahkan mereka menulis surah al-Fatihah iaitu surah yang wajib dibaca ketika solat. Berapa ramai yang boleh menulis dengan betul?

Persoalan seterusnya adalah berapa ramai di kalangan kita yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Sudah tentulah tidak ramai berbanding dengan mereka yang boleh membacanya sahaja. Jadi untuk memahami isi kandungan kita perlu mempelajari bahasa Arab dan menguasainya. Sehubungan itu marilah kita sama-sama berusaha dengan sedaya upaya kita sama-sama belajar bahasa al-Quran ini dan menguasainya.

Persoalan berikutnya, kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan kita yang boleh mengaplikasi ajaran al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi.



Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi Al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja. Selain itu memang terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik.

Persoalan terakhir, kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah di kalangan mereka yang menghayati al-Quran? Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan
menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Kesemua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t..

Umpama perlawanan bola sepak, sesudah keputusan masih terikat seri antara dua pasukan bertanding, maka permainan hendaklah ditambah masa selama 30 minit lagi. Jika keputusannya masih seri, pengadil akan memberikan lima sepakan penalti kepada setiap pasukan.

Dalam hal ini, pasukan umat Islam di Malaysia diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana kebanyakan kita hanya sekadar boleh membaca (itu pun masih ramai yang tidak boleh) maka dalam sepakan penalti kita hanya boleh memperoleh jaringan satu daripada lima jaringan yang sepatutnya.

Bagaimana pula dengan pasukan Barat atau Yahudi? Mereka pun sebenarnya mengambil al-Quran untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bezanya mereka tidak membaca seperti kita.Setelah bertahun-tahun membuat kajian, sekarang mereka berada pada tahap ke empat iaitu tahap mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian berkaitan isi kandungan dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Dalam hal ini, pasukan Barat atau Yahudi juga diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana mereka telah berada pada tahap keempat, maka dalam sepakan penalti pasukan mereka memperoleh empat jaringan daripada lima jaringan yang sepatutnya. Keputusan permainan antara kedua-duanya ialah Barat atau Yahudi 4, umat Islam di Malaysia 1.Jadi, bagaimana kita mahu mengalahkan mereka?

Ada satu jalan untuk kita menang iaitu kita mesti memperoleh 5 jaringan untuk mengalahkan mereka dengan keputusan 5-4. Caranya tidak lain dan tidak bukan kita mesti menguasai kelima-lima tahap tersebut. Ini kerana Barat atau Yahudi pasti tidak dapat mencapai tahap kelima iaitu penghayatan terhadap al-Quran. Kalau mereka dapat mencapai tahap penghayatan bererti mereka akan masuk Islam dan tidak lagi memusuhi Islam, bahkan sebaliknya akan bersama kita.



Akhirnya, sempena Ramadan al-Mubarak marilah kita meningkatkan tahap pencapaian kita dalam menggunakan al-Quran sebagai panduan hidup. Sesungguhnya Ramadan adalah masa
terbaik untuk kita mula membaca tafsir dan belajar bahasa al-Quran.

oleh : Hariri Daud

Read more...

Saturday, August 22, 2009

أكثر مقطع مبكى للشيخ محمد حسان



Semoga Khutbah Jumaat Tempat kita pun ada macam ni....

Read more...

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR




PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

“Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1430H ini, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ akan membuka peluang kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk menaja makanan iftar/sahur bagi 120 orang anak yatim dan miskin yang menetap di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman (PNI), Teratak Nur Insan (NURI) dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) yang terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kos menaja makanan berbuka puasa/sahur ini berharga RM150 seorang untuk sebulan dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP melalui pembekal yang berkelayakan. Makanan berbentuk nasi berlauk, buah-buahan dan minuman berkhasiat akan dihantar terus ke Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin PNI, NURI dan RAHOMA menjelang waktu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai makluman, wang tajaan yang disumbangkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membeli makanan manakala kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP. Penaja boleh membuat tajaan terbuka dengan membuat pembayaran melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP (tuliskan nama, nombor telefon & alamat di belakang cek) atau membuat pindahan wang secara dalam talian melalui http://www.maybank2u.com ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang maybank2u.com, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon dan fakskan ke 03-92895760.

Kami berharap program murni ini mendapat sambutan yang baik. Sekiranya terdapat lebihan terhadap jumlah sumbangan yang diterima, wang lebihan ini akan digunakan untuk program-program khusus anak-anak yatim/miskin di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan sumbangan tajaan ini akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Encik Amran Hazali. Ketua Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ di talian 013 3335585 atau e-mail amranhazali@zakat.com.my

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


MOHD RAIS HAJI ALIAS
Pengurus Besar PPZ-MAIWP


Pusat Pungutan Zakat, Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50676, Malaysia



Read more...

Monday, August 17, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة


Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh
Utz Zaharuddin Abd Rahman

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Subhanallah : Quran did not Burn inside the burning Car






















Orang yang dalam dadanya ada Al Quran pun tidak akan dibakar oleh api neraka

Read more...

Monday, August 3, 2009

Kesian Ustaz....(Kutuk Jemaah)




Memang hati bergelora menahan sabar rasa macam nak jawab...tapi...takpelah...nanti Allah bagi ustaz tu faham, maka terjawablah nanti insyaallah. Rasanya ni kali ke 3 secara langsung dengar ustaz mengutuk jemaah. Ustaz ni agak glamour jugaklah..

Mulanya ustaz tu baca hadis yang mafhumnya" seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga, kemudian nak mati beramal dengan amalan ahli neraka maka jadilah ahli neraka..dan seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka kemudian beramal dengan amalan ahli syurga maka dia dikalangan ahli syurga"

Lepastu tah camne masuk bab demontrasi ISA..dia cakap tu baru perjuangan betul ada tentangan, tapi baru sikit kena air dan gas pedih mata sikit je..pastu dia cakap jangan ..ada dua demontrasi dan IJTIMAK.., dia kata ijtimak tabligh tu orang bodoh buat tu..takde tentangan...ada tentangan baru betul..

Sabar jelah..bukan apa..cuma kesian kat ustaz tu masih tak dapat faham usaha agama. Salah saya yang kurang buat usaha dikalangan ulamak. Lepas Ijtimak baru ni cuma 4 jemaah ulamak keluar setahun. dan usaha ni bangun dengan kudrat Allah. Kalau nak jatuh dengan kutukan dan hinaan orang dah lama jatuh dah sebab dari dulu lagi memang dihina.

Tapi usaha agama atau org dok panggil tabligh ni bukan kepunyaan orang tabligh..Allah boleh gunakan sesiapa saja selagi dia dipilih Allah dan buat usaha dengan ikhlas dan istikhlas..



(Bakal Keluar Setahun)


Read more...

Sunday, August 2, 2009

Lari Dari Rumah



Lepas Solat Subuh semalam, sorang ahli jemaah yang regular datang dan kekadang jadi muazzin datang jumpa dan minta izin ada perkara nak dibincangkan. Kemudian dia mengadu yang isterinya " lari dari rumah". Maka apabila ditanya kemungkinan punca maka diapun tak pasti...sebab malamnya tidak ada berlaku apa2 krisis dan mereka keluar makan bersama...dan takde pulak tanda2 yang dia merancang untuk lari dari rumah.

Tapi..., dia cakap anak sulungnya memang nakal sikit ...masuk 5 tahun umurnya. Dan isterinya selalu mengugut nak lari dari rumah " kalau along buat lagi nanti Ibu lari dari rumah" Mungkin antara sebabnya ialah anaknya nakal pagi tu dan dia pukul dengan hanger sampai patah hanger plastik tu. Bila ditanya apa kesalahan anaknya... maka dijawab " mematahkan gincu bibir ibunya.."

Dan pagi tadi menurut suaminya ,isterinya masih belum balik lagi ke rumah.
Saya hanya mampu suruh dia bersabar, doa dan pergi mencari isterinya sebab dia masih lagi suami isteri..dan yang sedih ialah dia sanggup tinggalkan anak kembar yang istimewa..(cacat) Saya terharu apabila tengok si bapak Azan sambil mendukung salah seorang anak kembarnya itu. Semua anaknya dibawa ke Masjid semata -mata kerana dia ingin menjaga solat berjemaah.

" nauzubillah min zalik..semoga Allah pelihara kita semua dari ujian seperti ini...sesapa yang ada cadangan atau pengalaman bolehlah berkongsi....

Read more...

Sunday, July 26, 2009

Tahniah Firdaus



Syaim Ajar Firdaus Berwudhuk


"Ustaz ada ?" tanya sorang budak yang belum pun turun dari basikalnya.." ustaz tido.." jawab Syaim yang duduk di berandar surau kg Paya sambil menutup Mashaf Al Quran yang masih di tangannya..

" ada apa nak jumpa ustaz? kejap lagi dia bangunlah tu..lagi 15 min kot.." tanya Syaim lagi sambil matanya melihat jam di dinding surau.." naiklah dulu " tambahnya lagi.

Maka budak yang berkulit cerah dalam lingkungan belasan tahun itu menupangkan basikalnya sambil melangkah kekok menaiki anak tangga surau. Dari gayanya memang takut becampur keliru.

"saya nak masuk Islam bang " tersentak syaim dengar kata2 pemuda itu.. Lantas tanpa membuang masa Syaim pun memanggil cikgu Arifin yang baru bangun dan mengajar pemuda itu kalimah shahadah" la ila ha illallah " dan membawanya ke bilik air untuk mandi dan diberi nama "Firdaus" "Tahniah firdaus dari kami semua" ujar amir jemaah .....

Kemudian syaim datang kepada saya yang sedang sibuk melipat beding.." maaf ustaz , tadi budak tu nak jumpa ustaz nak masuk Islam katanya..tapi saya kata ustaz tido lagi ..nak asar nanti baru bangun..pastu dia cakap nanti dia datang balik dan sekarang nak pergi karaoke jap...so saya pun tahan dia dan ajar kalimah..." "takpa..itulah tindakan yang sepatutnya..anta dah ada tiket untuk masuk syurga..tahniah "


* Saje je buat macam cerpen sket..manalah tau kok ada bakat ....kisah ni berlaku masa jemaah kami keluar 3 hari di lukut. Dan 2 bulan lepas perkara yang sama berlaku di Telok pelandok Pd.


(Berapa ramai umat yang mati tanpa kalimah...)

Firdaus cakap malam tadi dia mimpi ada orang pakai jubah dan kopiah pergi rumah ke rumah dan dia ikut orang2 tu .. Jemaah kami bagi kain dan kopiah kepada Firdaus dan Cikgu Tazli ambil tanggungjawab untuk urusan pendaftaran dan kami akan sentiasa follow up...

Read more...

Monday, July 20, 2009

Bayan Khas Ulamak Ijtimak 2009



Oleh: Maulana Saad Kandahlawi Hafizahullah

Antara point yang saya ingat:

1. Ulamak adalah pewaris nabi. Bukan sahaja mewariskan ilmu kenabian bahkan yang paling utama ialah kerja kenabian iaitu dakwah manusia kepada Allah

2. Ulamak harus keluar bergilir2 atau silih berganti bukan sebahagian sahaja yang keluar dan sebahagian lain dimajlis ilmu mengajar kitab2 ( tafsir dari ayat .. ) فلو لا نفر... )

3. Ulamak bukan sahaja untuk jadi mufti untuk keluarkan fatwa..bahkan kena usaha supaya umat ini sering menanyakan fatwa dan beramal dengan fatwa..

4. Ulamak mesti jadi seperti awan yang bergerak menurunkan hujan kepada semua jenis tanah walaupun tanah yang tidak menyerap air dan bukan seperti perigi yang menunggu kedatangan orang untuk mengambil air.

5. Kehendak Maulana ialah supaya setiap jemaah yang bergerak sekurang2nya ada seorang Qari dan seorang Alim..

6. Orang Assyairin (Qabilah Ulamak Yaman yang tinggal di madinah) bertanya kepada Nabi tentang orang2 yang tidak minat belajar agama sedangkan kami sedia mengajar...maka Nabi s.a.w berpesan bhw akan disegerakan azab keatas semua kamu...maka Assyairin meminta tempoh setahun untuk usahakan umat supaya ada kecintaan belajar dan amal agama...maka insyaallah sapa sedia setahun....?

Ana Azam insyaallah
Sekarang ada 17 jemaah bergerak di N.S

Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP