Thursday, June 24, 2010
Monday, June 14, 2010
First Paper - Makassar 2010
Monday, June 7, 2010
Galeri 40h & Jemaah Dora Kuching 2010
Rumah Panjang iban di Simunjan
Jour di Bintulu Berlansung sampai 10 Jun. Jour di Brunei terpaksa di tangguhkan..(istighfar).Insyaallah hadir di S.Petaling 11-14 jun setelah balik dari Makassar...
Read more...Sunday, May 9, 2010
Bayan Maulana Umar Pada Orang Arab
Dalam nama Allah Maha Mengasihani
Anda adalah mahkota kepala kami dan penyejuk mata kami, darah anda adalah darah Abu Dzar dan Maaz bin Jabal, Allah memberkati mereka Anda adalah Asal (orang tua) dan kami adalah cabang (orang baru)
Anda adalah Imam dan kami makmum juga anda seorang guru dan kami murid
Nenek moyang anda datang ke tempat nenek moyang kami, dan nenek moyang kami berfikir bahawa nenek moyang anda ingin dunia dan wanita, dan nenek moyang anda dengan sifat kemanusiaan bertahan dan sabar pada kejahilan nenek moyang kami
Nenek moyang anda secara fizikal tidak dipengaruhi oleh dunia dan perempuan -perempuan mereka, Datuk-datuk anda telah membina kebun iman di dunia dan untuk memelihara kebun-kebun keimanan mereka telah mengikat batu ke perut mereka,
Akan tetapi, Kebun iman ini hancur oleh pelbagai masalah, tidak ku maksudkan supaya anda mengikat batu di perut akan tetapi ikatlah ayam di perut anda (masakan yang sedap)
Aku malu untuk berbicara kepada anda kerana empat perkara:
Anda mempunyai Kaabah, Bahasa Quran adalah bahasa anda, bahasa penduduk Syurga adalah bahasa anda, bahasa dari Nabi saw adalah bahasa anda
Ketika di Arafah, tiada orang India atau Pakistan, Bangladesh. Anda berada di medan Arafah. Tidaklah tasykil untuk kamu semua selama satu tahun atau empat bulan atau empat puluh hari, namun tasykil Rasulullah saw ke atas datu-datuk kamu ialah: mereka yang hadir disini supaya menyampaikan kepada yang tidak hadir (ghaib)
Anda mengatakan bahawa tempoh keluar telah tamat
Dan datuk anda mengatakan bahawa bumi telah berakhir
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Uqbah Bin Nafi' r.a
Thursday, May 6, 2010
Door To Door
Istilah ni memang famous dikalangan ramai orang termasuk syarikat khidmat penghantaran barang dan perpindahan. Waktu pindah dulu pun pakai servis door to door. Tapi kat sini baru nak usaha 2 jam setengah door to door walaupun dah lama dengar dan tahu. Yelah sempena jour Sarawak di bintulu pada 7 - 9 jun ni...semua marhalah diminta usaha door to door tanpa ada pilih rumah.Yelah kalau dulu mesy pening pikir nak ziarah khususi sapa masa 2 jam setengah. asyik2 nama tu jer yang keluar iaitu orang yang biasa diziarahi sedangkan rumah punyalah banyak di kawasan ni. Alhamdulillah kesan sangat bagus. Barulah dapat kenal penduduk sini yang hampir 1000 buah rumah. kalau nak tunggu jaulah hanya seminggu sekali, tu pun sebulan 3 kali..baru brapa rumah je yang sempat jumpa.berapa banyak hadis dan ayat quran tentang ziarah ..bila lagi nak praktik, begitu juga tentang hubungkan silaturrahim yang kesannya ialah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan doa keampunan dosa...iman dan hidayat perkara paling penting..Insyaallah 16 hb azam 40h..
Sunday, April 25, 2010
Jemaah Thai Di Samar Indah
Kelemahan kami terpaksa jemput jemaah ni lepas Isyak. Jemaah ni bergerak di pontianak dan akan tangguh ke KL 27 april. Jemaah ni agak ramai sket..14 0rang..dua orang nusrah dari kl iaitu D.Azmi Petronas...Salah sorang orang lama dalam jemaah ni Abu Zar...Malam tadi diorang bagi targhib pada orang samarahan untuk tingkat kerja...
Monday, April 19, 2010
Surau Kg Baru
Rumah Pengerusi Surau Kg Baru. Makan Kenduri dan Ramah Mesra. Jemaah 9 orang, 1 Orang First Time. Read more...
Monday, March 29, 2010
Kambing dan Karkun
Antara yang turut nusrah jemaah...terpaksa bawak semua
Ni dia kambing hensem bejanggut yang akan dikekah dan jadi makanan untuk mini jour
Ni semua bakal dikekah jugak nanti insyaallah bila rezki bertambah...azam tu
Read more...Saturday, March 27, 2010
Friday, March 19, 2010
Jemaah Jalan Kaki

Jemaah jalan kaki dari kl sedang bergerak di Samarahan. Memang mujahadah jalan kaki ni, bayangkanlah jemaah jalan kaki untuk tempoh 1 tahun seperti yang aku pernah jumpa kat Sudan yang panas hampir cecah 50 c. Duduk dalam masjid pun dah panas punggung apatah lagi dibawah panas matahari di padang pasir. Hanya dengan pengorbanan dan mujahadah hidayat tersebar. Semoga Allah pilih dengan jemaah jalan kaki. Cuma pernah buat haji dengan jemaah jalan kaki.
Cuba hayati hadis berikut:
1. Perang zaat'urriqa`
Hadis riwayat Abu Musa Radiallahu’anhu, ia berkata:
Kami berjumlah enam orang pernah berangkat bersama Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. dalam suatu peperangan. Kami hanya memiliki seekor unta yang kami tunggangi secara bergilir-gilir hingga mengelupaslah kulit-kulit tapak kaki kami ,begitu juga dengan kedua tapak kakiku bahkan kuku-kukuku banyak yang tanggal. Lalu kami pun membalut kaki-kaki kami dengan potongan kain, maka disebutlah perang Zaturriqa` (riqa` = potongan-potongan kain). Karena kami membalut kaki-kaki kami dengan potongan kain.
(Shahih Muslim No.3345)
2. Perang Uhud
Hadis riwayat Sahal bin Sa`ad Radiallahu’anhu:
Bahwa dia ditanya tentang luka Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam. dalam perang Uhud, Sahal menjawab: Wajah Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. terluka, gigi seri beliau patah serta topi perang beliau juga hancur. Fatimah puteri Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. lalu membersihkan darah beliau sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai. Ketika Fatimah melihat ternyata air hanya menambah pendarahan, ia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian Fatimah menempelkan abu tersebut pada luka beliau hingga berhentilah aliran darah itu.
(Shahih Muslim No.3345)
Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Seakan-akan aku melihat Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. tengah mengisahkan kisah seorang nabi yang dipukul oleh kaumnya sambil beliau mengusap darah dari wajahnya dan berdoa: Ya Tuhanku! Berilah ampunan kepada kaumku karena sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
(Shahih Muslim No.3347)
Monday, March 8, 2010
Kebahagiaan : Antara Ilusi dan Kenyataan
Thursday, March 4, 2010
Taman Rekreasi Ranchan Serian
Lama tak pergi berendam, maka petang rabu 3 mac sempat pergi mandi air terjun
Kami yang tawan semua sebab hari rabu kurang orang datang
Solat Asar di Masjid Daerah Serian
Sebenarnya nak cari batu sungai ni , nak buat tungku pemanas sebab insyaallah zaujah nak besalin dalam minggu ni....
doakan supaya dipermudahkan Allah...
Monday, March 1, 2010
Masjid Maranek
Masjid yang agak lama jugak sebab binaan atasnya diperbuat dari kayu. Tangga agak tinggi jugak..mujahadah nak naik terutama bagi yang dah berumur...memang Masjid di didatangi oleh orang yang 50 tahun keatas shj semasa kami disini..memang untuk naik ke Masjid perlu hidayat dan iman sebab walaupun seseorang tu boleh daki gunung bepuluh2 kali tapi belum tentu dia boleh naik ke Masjid setiap hari...
Nabi S.A.W pernah tanya kepada Jibril a,s. Bahawa manakah tempat yang Allah paling suka ..maka dijawabnya Masjid2, dan Allah sangat suka pada orang yang mula2 masuk Masjid dan paling akhir keluar. Sebaliknya bila ditanya tempat yang paling tidak disukai...maka dijawabnya ialah Pasar2..dan Allah sangat tidak suka pada mereka yang banyak menghabiskan masa mereka di pasar-pasar...
Semoga Allah bagi taufik..
Read more...Thursday, February 25, 2010
Bayan Maulidur Rasul 2010
Oleh : Ust Muhamad Ilyas Muhd Saleh
( Pegawai Agama JKI UiTM Samarahan)
(Karkun 1 Tahun)
Masjid Desa Ilmu Samarahan
Isi:
- Mencintai Nabi S.A.W. dengan pengorbanan
- Kewajipan mencintai Nabi S.A.W
- Kepentingan Sunnah dalam Kehidupan
Monday, February 22, 2010
Jawatan Kosong UiTM
Jawatan pentadbiran: Tarikh Tutup 1 Mac 2010
Jawatan Akademik: Tarikh tutup 8 Mac 2010
Jawatan Daie Sepenuh Masa: Tarikh Tutup Malaikat Izrail Datang Panggil / Matahari Terbit sebelah Barat..
Gunakan 5 sebelum datang lima:
Maksud Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara;
1. masa mudamu sebelum tua,
2. masa sihatmu sebelum sakit,
3. masa lapangmu sebelum sibuk,
4. masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan
5. masa hidupmu sebelum mati.
Read more...Friday, February 19, 2010
Thursday, February 18, 2010
Welcome to Conference on Prophetic Heritage (SWAN 2010)
Sub Topics
Based on the themes of the conference Sunnah: Source of Information, Essence of Integration:
1.Integration of science and information management.
2.Application of technology in the evolution of the Prophetic(SAW) tradition.
3.The reality of the nation's unity (UMMAH) and challenges.
4.Integration and unity for the growth of the nation.
5.The role of international organizations and non-governmental institutions in the renaissance and the achievement of integration and unity of the nation.
6.Moderation in the economic, social and political order to achieve integration and unity.
7.Multi-ethnic society.
8.Youth and unity.
9.Promote the dissemination of education, culture and science among the society.
10.Steps to make progress to reach the goals.
11.‘1Malaysia’ Concept.
Wednesday, February 10, 2010
Laporan Mesy Bulanan Malaysia 5-7 feb 2010
- Hanya Ulamak yang dah bagi masa 1 tahun sahaja boleh baca hayatus sahabah di markaz pada malam sabkuzari (nampaknya saya tak boleh baca lagilah..insyaallah azam 1 tahun )
- usaha student lepas SPM- tahun lepas hanya 56 orang tahun 2009 hampir 300 orang...orang awam diperlukan untuk bawa jemaah.
-usaha atas ulamak perlu ditekankan terutama yang telah bagi masa 1 tahun
- Tarikh jord Sarawak 4 -7 Jun 2010 selepas jord di bintulu.
Yang lain tak ingat sebab dengar karkuzari sini jer..memang balik 4 hb tu, tapi tak sempat hadir mesyuarat...
Boleh kongsi dan tambah takaza laporan terkini.......... Jemaah dari South Afrika kini di taman BDC kuching..
Sunday, February 7, 2010
Kenduri..
Tumbang Kerbau yang ke 3 ditangan ku.
Kengkawan Arwah Abah ramai juga yang datang...
Tarikh 6 hb Feb 2010
Read more...



