Blog Widget by LinkWithin

Monday, September 27, 2010

Masjid Sg. Mata


Masjid Lama Kg Sg. Mata


Masjid Baru

Walaupun dah dapat Masjid Baru, hanya orang lama je yang dapat memakmurkannya. Mana peginya orang baru. Kebimbangan inilah yang perlu diwujudkan. Ada sorang Pakchik buta yang istiqamah datang Solat. semoga Allah terima...


Read more...

Monday, September 20, 2010

Sedih la pulak ....

Dah Habis Bercuti



Bersama Sepupu di Bandar Baru Salak Tinggi


Rumah Mak & Paklong di Kg Sawah / Pachitan Chuah

Setelah bercuti hampir 3 minggu, banyak jugak yang sempat ziarah dan lagi banyak yang tak sempat ziarah disamping 2 berita kematian di kampung sendiri. Begitulah dunia ni...tapi anak-anak sampai demam dok main kat kampung bila jumpa sepupu diorang.

Read more...

Thursday, August 26, 2010

Muka Yang Tak Sabar Nak Balik

Aksi di klinik gigi

Gembira tak terkata

Umairah ketika masuk wad


Insyaallah semua tak sabar nak balik walaupun baru lapan bulan dok sini. Flight lepas jumaat 27 hb ogos. Smoga dalam lindungan Allah.

Read more...

Sunday, August 22, 2010

Doakan


Dunia tempat ujian dan cabaran serta dugaan Allah. Harap dapat didoakan My Brother in Law semoga sembuh sejahtera dengan izin Allah. Beliau diserang sejenis kuman di saraf tunjang di tengkok dan sekarang berada di ICU

Read more...

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan ( Kesungguhan Patut Dicontohi)


Disaat Fasa pertama Ramadhan (10 Hari Permulaan) hampir berlalu, kelihatan jemaah solat terawih semakin berkurangan, khemah-khemah tambahan untuk jemaah terawih kelihatan telah kosong, parking kereta dan motor disurau dan masjid juga tidak berlapis-lapis lagi bahkan ada petak yang kosong, tadarus al quran juga menjadi sepi, lagu raya berkumandang sana-sini, promosi diskaun hari raya juga meningkat 50% dan 70%, perbincangan untuk sambutan raya dan balik kg diperkatakan dengan hangatnya......




Maka aku kagum dengan kesungguhan seorang bapak untuk solat terawih dan mengikutinya hingga selesai walaupun terpaksa membawa bersama anaknya yang ku jangkakan baru berumur 3/4 bulan.....

Dewasa ini mulut kita banyak memberi alasan untuk membuat amalan agama dengan sibuk, penat , sakit kepala dan sebagainya. Tetapi kesungguhanlah yang membuktikan keinginan kita.

ps/ Kepada para ibu.. liganlah para bapak untuk istiqamah sempurnakan tarawikh. Dan ibu juga buatlah di rumah....

Read more...

Wednesday, August 18, 2010

MTAQ Unimas


Majlis Perwakilan Pelajar Unimas Mengadakan MTAQ pada 16 Ogos 2010. Syabas dan Tahniah kerana keseluruhan peserta boleh membaca dan menghafaz Al Quran dengan baik, dan juga terimakasih kerana menjemput saya.

Read more...

Thursday, August 12, 2010

Jemaah Arab Jalan Kaki



Smoga Allah Terima...

Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Seminar Usim Dan Balik Kampung


Dr. Taufik Ramadhan Dari Syiria Pada Ucaptama


Ramai Pak Arab Berkumpul


Sempat jugak balik kampung ziarah keluarga dan merasa musim buah-buahan yang dah penghujung. Insyaallah Ramadhan ni balik dan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Read more...

Friday, July 23, 2010

Jord Student UiTM 2010




Setiap Sem Diadakan jord di Masjid Qurrawiyin UiTM
Kehadiran Alhamdulillah ada peningkatan dari Sem Lepas..

Read more...

Monday, July 19, 2010

Lundu bukan lendu

Budak kalau nampak ni..mesti melompat punya termasuk bapak budak



Sekitar 2 jam perjalanan dari Samarahan maka sampailah di Chalet kat Union yes untuk buat soalan beberapa subjek IDA


Lundu kat Sarawak Lendu kat Melaka

Lemah jugak ni...baru ni jour di Tambirat... jemaah Abu Dhabi yang bayan..insyaallah jemaah tu akan masuk desa Ilmu 24-26 Julai 2010..

Read more...

Thursday, June 24, 2010

Team Buildings Di Dungun


Tak semudah yang disangka...camne agaknye sambil menunggang kuda memanah pulak sekali..


16 - 19 Jun di Dungun

Read more...

Monday, June 14, 2010

First Paper - Makassar 2010



Di Airport



Solat Jumaat di masjid terbuka di atas Mall di bandar ujung pandang.

Trip Ke Makassar Ujung Pandang (UIN 9 - 12 Jun 2010)


Read more...

Monday, June 7, 2010

Galeri 40h & Jemaah Dora Kuching 2010


Surau Kg Kudei Baru

Feri Ke Simunjan


Rumah Panjang iban di Simunjan


Masjid Kg Pasir Pandak


Kg Menaul


Subhanallah

Jour di Bintulu Berlansung sampai 10 Jun. Jour di Brunei terpaksa di tangguhkan..(istighfar).Insyaallah hadir di S.Petaling 11-14 jun setelah balik dari Makassar...

Read more...

Sunday, May 9, 2010

Bayan Maulana Umar Pada Orang Arab


Ini adalah Bayan Sheikh Mohammad Omar Palampuri  Rahmatullah alaihi di Arafah depan orang-orang Arab:

Dalam nama Allah Maha Mengasihani

Anda adalah mahkota kepala kami dan penyejuk mata kami, darah anda adalah darah Abu Dzar dan Maaz bin Jabal, Allah memberkati mereka Anda adalah Asal (orang tua) dan kami  adalah cabang (orang baru) 

Anda adalah Imam  dan kami  makmum juga anda seorang guru dan kami murid 

Nenek moyang anda datang ke tempat nenek moyang kami, dan nenek moyang kami berfikir bahawa nenek moyang anda ingin dunia dan wanita, dan nenek moyang anda dengan sifat kemanusiaan bertahan dan sabar pada  kejahilan nenek moyang kami

Nenek moyang anda secara fizikal tidak dipengaruhi  oleh dunia dan perempuan -perempuan mereka, Datuk-datuk anda telah membina kebun iman di dunia dan untuk memelihara kebun-kebun keimanan mereka telah mengikat  batu ke perut mereka,

Akan tetapi, Kebun  iman ini hancur oleh pelbagai masalah, tidak ku maksudkan supaya anda mengikat batu di perut akan tetapi ikatlah ayam di perut anda (masakan yang sedap)

Aku malu untuk berbicara kepada anda kerana empat perkara:

Anda mempunyai Kaabah, Bahasa Quran adalah bahasa anda, bahasa penduduk Syurga adalah bahasa anda, bahasa dari Nabi saw adalah bahasa anda

Ketika di Arafah, tiada orang India atau Pakistan, Bangladesh. Anda berada di  medan Arafah. Tidaklah tasykil untuk kamu semua selama satu tahun atau empat bulan atau empat puluh hari, namun tasykil Rasulullah saw  ke atas datu-datuk kamu ialah: mereka yang hadir disini supaya menyampaikan kepada yang tidak hadir (ghaib) 

Anda mengatakan bahawa tempoh keluar telah tamat 
Dan datuk  anda mengatakan bahawa bumi telah berakhir
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Uqbah Bin Nafi' r.a

Sumber disini

Read more...

Thursday, May 6, 2010

Door To Door


Istilah ni memang famous dikalangan ramai orang termasuk syarikat khidmat penghantaran barang dan perpindahan. Waktu pindah dulu pun pakai servis door to door. Tapi kat sini baru nak usaha 2 jam setengah door to door walaupun dah lama dengar dan tahu. Yelah sempena jour Sarawak di bintulu pada 7 - 9 jun ni...semua marhalah diminta usaha door to door tanpa ada pilih rumah.Yelah kalau dulu mesy pening pikir nak ziarah khususi sapa masa 2 jam setengah. asyik2 nama tu jer yang keluar iaitu orang yang biasa diziarahi sedangkan rumah punyalah banyak di kawasan ni. Alhamdulillah kesan sangat bagus. Barulah dapat kenal penduduk sini yang hampir 1000 buah rumah. kalau nak tunggu jaulah hanya seminggu sekali, tu pun sebulan 3 kali..baru brapa rumah je yang sempat jumpa.berapa banyak hadis dan ayat quran tentang ziarah ..bila lagi nak praktik, begitu juga tentang hubungkan silaturrahim yang kesannya ialah dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan doa keampunan dosa...iman dan hidayat perkara paling penting..Insyaallah 16 hb azam 40h..

Read more...

Sunday, April 25, 2010

Jemaah Thai Di Samar Indah


Kelemahan kami terpaksa jemput jemaah ni lepas Isyak. Jemaah ni bergerak di pontianak dan akan tangguh ke KL 27 april. Jemaah ni agak ramai sket..14 0rang..dua orang nusrah dari kl iaitu D.Azmi Petronas...Salah sorang orang lama dalam jemaah ni Abu Zar...Malam tadi diorang bagi targhib pada orang samarahan untuk tingkat kerja...

Read more...

Monday, April 19, 2010

Bench Mark Ke Penang







Ada Jugak Usaha Kat Sini


Read more...

Surau Kg Baru





Rumah Pengerusi Surau Kg Baru. Makan Kenduri dan Ramah Mesra. Jemaah 9 orang, 1 Orang First Time.

Read more...

Monday, March 29, 2010

Kambing dan Karkun

Sempena kedatangan jemaah jalan kaki kat marhalah desa ilmu...

Antara yang turut nusrah jemaah...terpaksa bawak semua



Ni dia kambing hensem bejanggut yang akan dikekah dan jadi makanan untuk mini jour


Ni semua bakal dikekah jugak nanti insyaallah bila rezki bertambah...azam tu

Read more...

Saturday, March 27, 2010

Alhamdulillah...Dimudahkan Allah



Baru Lahir dah masuk blog...ish...

Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP