Blog Widget by LinkWithin

Monday, April 13, 2009

Khutbah Jumaat Dan Ceramah Terkini



Isi Penting Khutbah Jumaat 10 Apr dan Ceramah Bulanan yang masih dingat. Manusia cepat lupa, jadi saya tulis untuk Peringatan Diri Ini.

1. Kita heboh dan bising isu org kafir baca Quran salah ke tak, masing-masing dengan hujahnya, tapi kita tanya diri kita ni baca quran tak? Belajar tak betulkan bacaan? Atau boleh tak baca Quran walaupun Islam sejak lahir?

2. Kita heboh nak jadikan anak sebagai doktor, enggineer, arkitek dll, hantar tusyen sana-sini, mohon sana sini, tapi ada tak usaha kita nak jadikan anak seorang hafiz quran yang mana boleh mensyafaati akhirat kelak sekurang-kurangnya 10 orang dan ibu-bapa anak itu mendapat kemuliaan dan dipakaikan dengan mahkota akibat pembacaan quran anaknya?

3. Nabi S.A.W ikutan kita dari kalangan manusia biasa supaya mudah dicontohi, maka salah mengeluarkan kata-kata bahawa "itu nabi..kita org awam mana bleh ikut!". Maka Paderi dan Sami bukan contoh dan tidak bleh menasihati sebab banyak perkara dia tak buat. Cth, Kahwin..bagaimana dia nak memberi nasihat masaalah keluarga atau anak sedangkan dia sendiri tidak pernah kahwin atau ada anak.



4.Orang miskin dan fakir juga adalah pemberi syafaat, maka sesiapa yang menghina mereka seperti telah berperang dengan kehidupan akhirat. Satu ketika dalam majlis Nabi S.a.w. seorang badwi tiba2 duduk di sebelah sahabat yang bangsawan. Maka timbul rasa tidak senang di hati org kaya itu dari segi bau dan keadaan yang selekeh. maka sahabat itu bangun mengalihkan tempat duduk, melihat perkara ini maka Nabi s.a.w pun menegur tindakan itu kerana sombong dan tidak beradab, maka sahabat itu meminta maaf kepada badwi tadi dan menawarkan separuh dari hartanya untuk dihadiahkan. Tetapi orang Badwi itu menolak dengan alasan takut sifat buruk sombong seperti tadi beralih kepadanya.

Semoga Allah Bagi Taufik Untuk ambil iktibar, amal dan sampaikan


0 comments:

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP