Hidayat Kg Tambey
Jemaah desa Ilmu telah keluar di Kg Tambey (40km dari marhalah) dengan disambut baik oleh pengerusi dan imam2 masjid tu. Kebanyakan masjid dan surau disini semua memang mengalukan kedatangan jemaah dengan kata-kata aluan dari imam masjid memperkenalkan jemaah.
Alhamdulillah Jemaah kami ada 3 orang first time ikut iaitu pak Shuhadak (polis merangkap imam 2 masjid) dan En Tokki (polis PGA) dan Farouk (baru 6bln memeluk Islam)
Imam Kg Tambey mintak kami datang lagi selepas 3 bulan. Disini dapatlah belajar tengok sifat orang-kampung yang hidup susah dan sederhana. Mereka sangat hormat tetamu, ramah dan suka duduk dengan jemaah walaupun tiada pengalaman keluar. Sama jugak kat tempat second jaulah kami, imam dan makcik situ sediakan minuman dan makanan juga buahan untuk kami selepas jaulah..semoga Allah terima nusrah mereka...
Aku Khidmat masak lomak cili api..menagis orang sarawak makan..rupanya kebanyakan orang sini memang tak tahan pedas..cakap pun lembut jer..
Tapi jangan terkesan dengan orang suka atau tidak, sebab usaha agama ni bukan nak sukakan orang..usaha ini untuk libatkan diri dan umat dalam kerja dakwah yang menjadi tanggungjawab semua.
Ingat lagi Maulana Saad cakap masa Ijtimak,
" Tanda umat ini tidak yakin pada agama ialah apabila mereka tidak buat usaha atas agama, manusia banyak buat usaha pada pertanian, perniagaan, teknologi dan sebagainya dengan meninggalkan dan membelakangkan agama...dan kerana itulah keyakinan umat sekarang dalam bahaya... "
4 comments:
minggu lepas, kami keluar 3 hari. tong gas kami hilang 'dipinjam' entah siapa tah. Moga2 jadi asbab hidayat.
he he..dia pinjam nak bentuk jemaah tu..dan Allah dah terima tong gas tu utk ganjaran akhirat...
Inshaallah bayan berapi punya bila makan gulai lomak cilapi tu.....
Ahmad al hadi..
mmg berapi..ramai yang terbakar temasuk pembayan..he he.
Post a Comment