Blog Widget by LinkWithin

Monday, February 22, 2010

Jawatan Kosong UiTM



Jawatan pentadbiran: Tarikh Tutup 1 Mac 2010

Klik Sini

Jawatan Akademik: Tarikh tutup 8 Mac 2010

Klik Sini

Jawatan Daie Sepenuh Masa: Tarikh Tutup Malaikat Izrail Datang Panggil / Matahari Terbit sebelah Barat..

Gunakan 5 sebelum datang lima:

Maksud Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara;

1. masa mudamu sebelum tua,

2. masa sihatmu sebelum sakit,

3. masa lapangmu sebelum sibuk,

4. masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan

5. masa hidupmu sebelum mati.

Read more...

Friday, February 19, 2010

الشيخ الدكتور عائض القرني عن الدعوة والتبليغ







Read more...

Thursday, February 18, 2010

Welcome to Conference on Prophetic Heritage (SWAN 2010)


" السنة مصدر المعرفة وأساس الوحدة "

Nabi mewariskan ilmu kenabian dan kerja kenabian pada umatnya, maka melalui kerja kenabianlah adanya agama dan ilmu agama,dan jangan tinggalkan kerja kenabian kelak ilmu dan agama akan hilang dari umat ini....

Sub Topics

Based on the themes of the conference Sunnah: Source of Information, Essence of Integration:

1.Integration of science and information management. 

2.Application of technology in the evolution of the Prophetic(SAW) tradition. 

3.The reality of the nation's unity (UMMAH) and challenges. 

4.Integration and unity for the growth of the nation. 

5.The role of international organizations and non-governmental institutions in the renaissance and the achievement of integration and unity of the nation. 

6.Moderation in the economic, social and political order to achieve integration and unity. 

7.Multi-ethnic society. 

8.Youth and unity. 

9.Promote the dissemination of education, culture and science among the society. 

10.Steps to make progress to reach the goals.
 
11.‘1Malaysia’ Concept.

More information : http://www.swan2010.com/


Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Laporan Mesy Bulanan Malaysia 5-7 feb 2010



- Hanya Ulamak yang dah bagi masa 1 tahun sahaja boleh baca hayatus sahabah di markaz pada malam sabkuzari (nampaknya saya tak boleh baca lagilah..insyaallah azam 1 tahun )

- usaha student lepas SPM- tahun lepas hanya 56 orang tahun 2009 hampir 300 orang...orang awam diperlukan untuk bawa jemaah.

-usaha atas ulamak perlu ditekankan terutama yang telah bagi masa 1 tahun

- Tarikh jord Sarawak 4 -7 Jun 2010 selepas jord di bintulu.

Yang lain tak ingat sebab dengar karkuzari sini jer..memang balik 4 hb tu, tapi tak sempat hadir mesyuarat...

Boleh kongsi dan tambah takaza  laporan terkini.......... Jemaah dari South Afrika kini di taman BDC kuching..


Read more...

Sunday, February 7, 2010

Kenduri..



Tumbang Kerbau yang ke 3 ditangan ku.

Kengkawan Arwah Abah ramai juga yang datang...

Tarikh 6 hb Feb 2010

Read more...

Thursday, January 28, 2010

Islamic Information Centre (Kuching)

Ciri reka bentuk cina



Tajuk Forum yang aku hadir ialah:





MEDINA CONSTITUTION AND A MULTI-RACIAL SOCIETY


Disampaikan oleh seorang Prof. UIA dari undang-undang, Pendapat diorang bahawa perlembagaan Madinah dulu dengan dengan konsep 1 Malaysia ada kesamaan dan kesesuaian.
Malas nak dengar lagi lepas zohor balik. Lagipun ada kelas petang.
Adakah penduduk Malaysia sekarang sama dengan Madinah dulu..?
Orang bukan Islam di Madinah sama dengan bukan Ialam di Malaysia?
Kemudian jumpa sahabat lama sheikh Lotfi..dah 8 tahun dok Sarawak....


Read more...

Monday, January 25, 2010

Hidayat Kg Tambey


Jemaah desa Ilmu telah keluar di Kg Tambey (40km dari marhalah) dengan disambut baik oleh pengerusi dan imam2 masjid tu. Kebanyakan masjid dan surau disini semua memang mengalukan kedatangan jemaah dengan kata-kata aluan dari imam masjid memperkenalkan jemaah.

Alhamdulillah Jemaah kami ada 3 orang first time ikut iaitu pak Shuhadak (polis merangkap imam 2 masjid) dan En Tokki (polis PGA) dan Farouk (baru 6bln memeluk Islam)

Imam Kg Tambey mintak kami datang lagi selepas 3 bulan. Disini dapatlah belajar tengok sifat orang-kampung yang hidup susah dan sederhana. Mereka sangat hormat tetamu, ramah dan suka duduk dengan jemaah walaupun tiada pengalaman keluar. Sama jugak kat tempat second jaulah kami, imam dan makcik situ sediakan minuman dan makanan juga buahan untuk kami selepas jaulah..semoga Allah terima nusrah mereka...

Aku Khidmat masak lomak cili api..menagis orang sarawak makan..rupanya kebanyakan orang sini memang tak tahan pedas..cakap pun lembut jer..

Tapi jangan terkesan dengan orang suka atau tidak, sebab usaha agama ni bukan nak sukakan orang..usaha ini untuk libatkan diri dan umat dalam kerja dakwah yang menjadi tanggungjawab semua.

Ingat lagi Maulana Saad cakap masa Ijtimak,

" Tanda umat ini tidak yakin pada agama ialah apabila mereka tidak buat usaha atas agama, manusia banyak buat usaha pada pertanian, perniagaan, teknologi dan sebagainya dengan meninggalkan dan membelakangkan agama...dan kerana itulah keyakinan umat sekarang dalam bahaya... "

Read more...

Saturday, January 16, 2010

Ijtimak Halaqah Samarahan



Setiap Halaqah diminta buat jour untuk memperbaharui azam dan menyiapkan laporan amal jemaah masjid. Samarahan telah mengadakannya pada 16 jan 2009. Alhamdulillah kehadiran menggalakkan berbanding tahun lepas walaupun tempat yang jauh dan terpaksa menyeberangi sungai dan menaiki feri.Kami azam tingkatkan bagi masa dan pengeluaran jemaah. Insyaallah jemaah 40h sempurna dari marhalah kami.



Kasihanilah diri dan umat ini dengan meningkatkan pengorbanan untuk agama supaya datang fikir dan risau tentang kehidupan sebenar selepas mati....

Ohh...

Read more...

Friday, January 15, 2010

Oh Solat Gerhana...



Alhamdulillah sempat jugak dipilih untuk solat sunat gerhana matahari di Masjid Desa Ilmu. Di Kuching dan Samarahan waktunya ialah pkl 3-5ptg 15hb jan 2010...Nabi S.A.W apabila berlaku gerhana terus ke Masjid solat sunat gerhana....

Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula
hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428,
tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak
disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,
لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;
“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya
adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?


Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1. Sunat mandi terlebih dahulu.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).

Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana
tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah
ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Beberapa Peringatan

1. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
2. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan
Fatihah dan surah.
3. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
4. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
5. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan
bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
6. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat,
bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
7. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).

PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat
(Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah
(ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau
surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.

http://www.islamweb.net
http://mufti.perak.gov.my/artikel/solat/pdf
www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000
www.usrahalarusi.kakiblog.com/





Read more...

Tuesday, January 5, 2010

Jaulah Sarawak



Pasar Serikin tempat beli barang macam kat pengkalan kubur dan rantau panjang



Ikan apa tah..takut gak nak makan..



Taman berhampiran Serikin



Dalam Pasaraya Boleyvard..masuk RM 0.50 shj


Dah tak sabar...

Dah lama sampai sini baru sempat lapang masa untuk ikram keluarga sket..memang dunia ni tempat main-main dan senda gurau..akhirat adalah kehidupan sebenar..dan nafsu tidak akan berjaya dipuaskan didunia ini kerana bukan tempatnya..kerana tempat untuk kepuasan itu hanyalah dalam syurga...

Read more...

Thursday, December 31, 2009

Mati Shahid



Masa kat bukit tinggi tahun lepas masa kluar 40h teringat ceramah maghrib sorang ustaz tempatan kat situ. Ustaz tu memang agak lantang sikit suara dan semangat ketika bercakap. Dia baca beberapa hadis berkenaan solat jemaah dan memberi kesimpulan bahawa mereka yang tidak solat jemaah di masjid adalah kalangan munafik yang lebih lagi dari zaman nabi sebab orang munafik zaman nabi datang solat berjemaah kecuali yang mereka berat ketika isyak dan subuh..tupun sebab gelap takde lampu..kalau terang mungkin mereka datang sebab untuk dikenali..

Kemudian dia jadi lebih joss lagi dengan cerita amar makruf nahi mungkar...yang sekarang ni katanya kumpulan tu asyik amar makruf je..nahi mungkar tade..tak sempurna pengamalan Al quran sebab Allah suruh amar makruf dan nahi mungkar..contoh sempurna katanya ialah orang yang melakukan letupan di bali..dan tempat2 maksiat yang lain..itulah mereka yang paham dan mati sebagai SHAHID...

Kemudian sorang pendengar bertanya..Ustaz..bagaimana kalau tempat yang dibom itu ada orang Islam sama kat situ dan mereka pun turut mati..? Jawab Ustaz....mereka yang ada bersama disitu dan tempat maksiat itu ialah orang Islam yang munafik...mereka juga musuh dan boleh dibunuh...PEH...

" Kemudian aku cakap kat rakan jemaah..kau nak tanya tak ? aku bleh bagi soklan cadangan..apa dia? katanya..

cuba kau tanya.." tadi ustaz cakap orang yang tak datang solat jemaah juga adalah orang munafik..adakah mereka dan rumah mereka juga boleh dibom seperti orang Islam yang berada di laluan atau tempat maksiat tadi? mana kita nak ambil bekalan bom yang banyak?

kamipun senyum nampak gusi..........



Read more...

Monday, December 21, 2009

Terima Jemaah Masturat

 



Alhamdulillah baru2 ni rumah sewaku terpilih untuk menerima jemaah masturat dari Johor bahru. Amer jemaah ialah Hj Abd Ghani, syura JB. Baru seminggu masuk rumah tu dah dibentang supaya sambut jemaah tu untuk first route. Memang gelabah sketlah sebab memang rumah sewa tu kosong..ade lampu jer..kipas pun tade..Tapi oklah semua berjalan dengan baik dengan izin Allah.



Kemudian masuk pekan, nak cari tempat solat punyalah susah. Puas jalan akhirnya masuk Hotel ni..tkena naik tingkat 4 setelah mintak kunci kat lobby..



Jemaah 40hari senawang pun masih di samarahan. Tangguh 28 dis ni..semoga hidayat terus tersebar keseluruh alam.



Berkat kedatangan jemaah ni alhamdulillah marhalah aku dengan izin Allah pertama kali dapat keluar jemaah 3 hari sendiri..semoga Allah terima dan tingkatkan..

 



Anak-anak asyik tanya bila nak balik kampung...

Read more...

Monday, November 23, 2009

Ikan Terubuk Masin



Pasar Satok
(Masjid adalah tempat yang paling disukai Allah dan Pasar Tempat paling dibenci)



Ketam ni bukan ketam laut tu..ni tak bleh makan ..2 alam..

Tak taulah kenapa ramai orang suka kirim ikan terubuk masin nie..aku lagi suka yang tak masin. Tapi ini yang populat kat Pasar Satok.

Jemaah 40 hari Senawang baru sampai semalam. Sekarang di Kg Lintang, Kuching

Read more...

Monday, November 16, 2009

3 hari Pertama Di Sarawak

Markaz Kuching

First Time 3 ari


Atas Feri

Bot yang kami naiki melintas sungai nak ke route


Balik naik Feri

Pengalaman 3 Hari Pertama di Tumerat, Samarahan. Pengerusi, Imam, Orang kampung semua ok. Siap Ikram jemaah lagi dengan sarapan pagi dan Buah-buahan.

Read more...

Selamat Jalan Smoga Haji Mabrur





Selamat Jalan kepada Walid dan Mek yang akan berangkat pagi esok 18 nov dengan Zahafiz Travels ke Tanah Suci. Semoga dipermudahkan Allah, diberi kesabaran dan mendapat Haji Mabrur. Walid jangan kuat ambik gambar dan shopping...gunakan peluang keemasan haji seperti saiyidul mursalin.




Read more...

Monday, November 9, 2009

Car For Sale (chevrolet)

Jual keta la pulak..he he.. Chevrolet Nabira 1.8 Sport 2003 RM 42.000 Sebab malas nak bawak ke Sarawak Zaid. Mekanik yang murah dan berpengalaman ada di Senawang

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

Marhalah Baru




 Masjid Al Qurawiyin



Sambil Lalu nak gi Kafe



Rumah Tamu kat kolej

Alhamdulillah pukul 2.40pm sampai Kuching dan En Isrin dah tunggu dan terus bawak ke Rumah Tamu. Masjid Al Qurawiyin jadi marhalah baru. Maghrib tadi tengok ada mesyuarat harian walaupun tengah sibuk exam. Dalam 9 orang ada duduk mesyuarat. Insyaallah perlu ditingkatkan...

Read more...

Monday, November 2, 2009

Selamat Tinggal j-QAF Sk Pedas

Maassalamah

Sk Pedas

Hadiah Sumbangan Kelab Guru Dan PIBG

Insyaallah besok saya akan bertolak ke Samarahan dan lapor diri pada 5 nov 2009. Azam buat usaha agama dengan gigih. doakan kengkawan....

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Beware of FAKE RM 50 notes









Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP