Blog Widget by LinkWithin

Thursday, January 28, 2010

Islamic Information Centre (Kuching)

Ciri reka bentuk cina



Tajuk Forum yang aku hadir ialah:





MEDINA CONSTITUTION AND A MULTI-RACIAL SOCIETY


Disampaikan oleh seorang Prof. UIA dari undang-undang, Pendapat diorang bahawa perlembagaan Madinah dulu dengan dengan konsep 1 Malaysia ada kesamaan dan kesesuaian.
Malas nak dengar lagi lepas zohor balik. Lagipun ada kelas petang.
Adakah penduduk Malaysia sekarang sama dengan Madinah dulu..?
Orang bukan Islam di Madinah sama dengan bukan Ialam di Malaysia?
Kemudian jumpa sahabat lama sheikh Lotfi..dah 8 tahun dok Sarawak....


Read more...

Monday, January 25, 2010

Hidayat Kg Tambey


Jemaah desa Ilmu telah keluar di Kg Tambey (40km dari marhalah) dengan disambut baik oleh pengerusi dan imam2 masjid tu. Kebanyakan masjid dan surau disini semua memang mengalukan kedatangan jemaah dengan kata-kata aluan dari imam masjid memperkenalkan jemaah.

Alhamdulillah Jemaah kami ada 3 orang first time ikut iaitu pak Shuhadak (polis merangkap imam 2 masjid) dan En Tokki (polis PGA) dan Farouk (baru 6bln memeluk Islam)

Imam Kg Tambey mintak kami datang lagi selepas 3 bulan. Disini dapatlah belajar tengok sifat orang-kampung yang hidup susah dan sederhana. Mereka sangat hormat tetamu, ramah dan suka duduk dengan jemaah walaupun tiada pengalaman keluar. Sama jugak kat tempat second jaulah kami, imam dan makcik situ sediakan minuman dan makanan juga buahan untuk kami selepas jaulah..semoga Allah terima nusrah mereka...

Aku Khidmat masak lomak cili api..menagis orang sarawak makan..rupanya kebanyakan orang sini memang tak tahan pedas..cakap pun lembut jer..

Tapi jangan terkesan dengan orang suka atau tidak, sebab usaha agama ni bukan nak sukakan orang..usaha ini untuk libatkan diri dan umat dalam kerja dakwah yang menjadi tanggungjawab semua.

Ingat lagi Maulana Saad cakap masa Ijtimak,

" Tanda umat ini tidak yakin pada agama ialah apabila mereka tidak buat usaha atas agama, manusia banyak buat usaha pada pertanian, perniagaan, teknologi dan sebagainya dengan meninggalkan dan membelakangkan agama...dan kerana itulah keyakinan umat sekarang dalam bahaya... "

Read more...

Saturday, January 16, 2010

Ijtimak Halaqah Samarahan



Setiap Halaqah diminta buat jour untuk memperbaharui azam dan menyiapkan laporan amal jemaah masjid. Samarahan telah mengadakannya pada 16 jan 2009. Alhamdulillah kehadiran menggalakkan berbanding tahun lepas walaupun tempat yang jauh dan terpaksa menyeberangi sungai dan menaiki feri.Kami azam tingkatkan bagi masa dan pengeluaran jemaah. Insyaallah jemaah 40h sempurna dari marhalah kami.



Kasihanilah diri dan umat ini dengan meningkatkan pengorbanan untuk agama supaya datang fikir dan risau tentang kehidupan sebenar selepas mati....

Ohh...

Read more...

Friday, January 15, 2010

Oh Solat Gerhana...



Alhamdulillah sempat jugak dipilih untuk solat sunat gerhana matahari di Masjid Desa Ilmu. Di Kuching dan Samarahan waktunya ialah pkl 3-5ptg 15hb jan 2010...Nabi S.A.W apabila berlaku gerhana terus ke Masjid solat sunat gerhana....

Hukum Solat Gerhana

Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula
hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428,
tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak
disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Dalil Pensyariatan

Hukum solat sunat gerhana adalah berdasarkan dalil dari

(1) Surah Fussilat, ayat 37,
لاَ تَسْجُدُواْ لِلشَّمْسِ وَلاَ لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُواْ لِلَّهِ ٱلَّذِي خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Maksudnya “Janganlah kamu sujud kepada matahari dan jangan pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah”.

(2) Hadis riwayat Imam Muslim yang maksudnya;
“Sesungguhnya kedua-dua matahari dan bulan adalah daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak berlaku gerhana kerana kematian atau kerana hidupnya seseorang, apabila kalian menyaksikan fenomena gerhana tersebut maka solatlah dan berdoalah”

Menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya
adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?


Tatacara Sebelum Melaksanakan Solat Sunat Gerhana
1. Sunat mandi terlebih dahulu.
2. Tidak disunatkan memotong kuku atau bercukur kerana waktu yang sempit.
3. Sunat juga memakai pakaian yang biasa (pakaian harian), bukan pakaian yang cantik-cantik seperti solat sunat istisqa’ (minta hujan).

Waktu Disunatkan Solat Sunat Gerhana

Waktunya bermula ketika berlakunya gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana
tersebut dan keadaan menjadi seperti sedia kala. Begitu juga tidak diharuskan menambah
ruku’ menjadi tiga bagi satu rakaat sekalipun gerhana berlaku panjang, atau memendekkan ruku’ menjadi satu bagi satu rakaat sekalipun gerhana sudah berlalu. Jika gerhana berlalu dan hilang sedang kita masih dalam keadaan bersolat maka dikira sah. Jika gerhana berlaku pada waktu yang ditegah padanya kita bersembahyang, maka dengan sebab gerhana kita disunatkan bersembahyang dan makruh pula meninggalkannya jika kita melihat fenomena gerhana. Ini adalah pendapat di sisi mazhab kita.

Beberapa Peringatan

1. Tidak perlu azan dan iqamah untuk memanggil jemaah menunaikan solat gerhana tetapi cukup dengan sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
2. Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan. Bagi solat sunat gerhana matahari pula disunatkan memperlahankan suara pada bacaan
Fatihah dan surah.
3. Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
4. Sunat menyampaikan khutbah (dua khutbah seperti khutbah Jumaat) selepas solat sunat gerhana walaupun gerhana sudah hilang.
5. Sunat menyampaikan khutbah (seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan
bertakbir 9 atau 7 kali berturutan pada mukaddimah khutbah).
6. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah agar bertaubat daripada maksiat,
bersedekah, berbuat kebajikan, banyak berdoa, beristighfar dan berzikir, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingatkan manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
7. Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).

PANDUAN RINGKAS SOLAT GERHANA & KHUTBAHNYA

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

i. Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat
(Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

ii. Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam, dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

iii. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)

Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah
(ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau
surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
al-Dimyāti al-Bakri, Abū Bakr bin ‘Uthmān bin Muhammad Shattā, Hāshiyat i‘ānat al-tālibin, 1995, Beirut: Dār al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jil. 1, hlm. 448.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zād al-ma‘ād fi hady Khayr al-‘ibād, 1994, Cet. ke-27, Beirut: Mu’assasat al-Risālah, jil. 1, hlm. 450-456.
Ibn Qudāmah, Muwaffaq al-Din Abū Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad bin Qudāmah, al-Mughni, 1992, Cet. ke-2, Kaherah: Hajar li al-Tibā‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘lān, jil. 3, hlm. 321-333.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Azkār, 1991, cet. ke-3, Madinah: Maktabat Dār al-Turāth & Damsyik: Dār Ibn Kathir, hlm. 291-293.
al-Nawawi, Yahyā bin Sharaf, al-Majmū‘, t.th, Jeddah: Maktabat al-Irshād, jil. 5, hlm. 50-68.
al-Shāfi’i, Taqiy al-Din Abū Bakr bin Muhammad al-Husayni al-Husni al-Dimashqi, Kifāyat al-akhyār fi hall qhāyat al-ikhtisār, 1991, Beirut: Dār al-Khayr, hlm. 151-152.

http://www.islamweb.net
http://mufti.perak.gov.my/artikel/solat/pdf
www.muis.gov.sg/websites/khutbah/gerhana2000
www.usrahalarusi.kakiblog.com/





Read more...

Tuesday, January 5, 2010

Jaulah Sarawak



Pasar Serikin tempat beli barang macam kat pengkalan kubur dan rantau panjang



Ikan apa tah..takut gak nak makan..



Taman berhampiran Serikin



Dalam Pasaraya Boleyvard..masuk RM 0.50 shj


Dah tak sabar...

Dah lama sampai sini baru sempat lapang masa untuk ikram keluarga sket..memang dunia ni tempat main-main dan senda gurau..akhirat adalah kehidupan sebenar..dan nafsu tidak akan berjaya dipuaskan didunia ini kerana bukan tempatnya..kerana tempat untuk kepuasan itu hanyalah dalam syurga...

Read more...

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP