Blog Widget by LinkWithin

Thursday, April 30, 2009

Balik Kampung



Indah nyaman suasana kampung

Tadi Abah dah call suruh balik banyak kenduri dan rumput pun dah panjang



Technician sedang memeriksa mesin sama ada selamat atau tidak digunakan



letih jugak..maklumlah asyik pegang pen je..dengan com..bila pegang mesin baru tahu...

 


 

Read more...

Wednesday, April 29, 2009

LAPORAN MESYUARAT DAN TAKAZA IJTIMAK



Jemaah akan keluar dari Seremban:

1. Jemaah Masturat 1 Mei  2 Jemaah dan cuti sekolah (mei) 2 jemaah ke Indonesia dan Sarawak

2. Jemaah Student Poli PD dan UNITI 80 Orang pada 29 & 30 mei

3. Jemaah dari Institut Kejuruteraan Tentera Darat PD 80 orang pada minggu 3 bln 5


Tempat Jemaah Khidmat

Takaza Persiapan Ijtimak:

Sekarang telah ada 280 org sedang khidmat di tapak ijtimak

1. Buluh 20 kaki 200 btg - Diambil oleh halaqah jelebu dan kuala pilah
                                             - Kenderaan Pengangkutan Hj Din  

2. Jemaah Iklan jorna - Perlu 20 orang

3. Jemaah lost & Found - Perlu 20 orang - Tafakut Mejar Hj Latif

4. Kenderaan Shuttle 50 buah

1 - 3  Mei Mesy Malaysia di Sri Petaling - Us Azhari wakil Ulamak

Semoga Allah mudahkan


Read more...

Monday, April 27, 2009

دكتورعبد الله بن عبد العزيز المصلح عن جماعة التبليغ

دكتورعبد الله بن عبد العزيز المصلح عن جماعة التبليغ




Read more...

Sunday, April 26, 2009

KARKUZARI / LAPORAN KASHMIR



Gambar Di atas Jabal Nur (Gua Hira Haji 07)
Sapa yang pergi cubalah daki jabal tu

KARKUZARI JEMAAH YANG BERUSAHA DI KASHMIR
(KAWASAN YANG DILANDA GEMPA BUMI PADA 8 OKT 2005)

Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu. Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh. Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur'an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat.

Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya. Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama.Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut. Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka. Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami.

Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu'))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi

Sehari sebelum gempa bumi di kasawan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk. Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat.

Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi. Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang. Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.

Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka. Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama. Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk. Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan.

Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian. Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn manaiki helikopter. Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku.

Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah. Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Setelah menghadapi mujahadah(susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.

Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur'an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.

Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati. Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta'lim ta'lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W. Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005

Diambil dari sini

Read more...

Saturday, April 25, 2009

Takaza Ijtimak Malaysia 2009



Masjid Kuarters KLIA



Tapak Ijtimak


Dah lama Malaysia takde Ijtimak

Insyaallah Akan Diadakan Pada 9 -12 Julai 09

Tujuan Ijtimak Klik Sini

Markaz Seluruh Dunia Klik Sini




Takaza Terkini :

1. Setiap hari diperlukan 250 orang untuk pasang khemah.

2. Kenderaan untuk hantar orang Myanmar dan Bangladesh serta Jemaah Khidmat Mingguan     ke Stesyen Bas Dan Komuter Setiap Ahad lepas Asar.

Map Ijtimak klik sini

Doakan Insyaallah Marhalah Kami temasuk saya dipilih untuk Khidmat.

Jangan Ketinggalan untuk turut serta....

Read more...

Monday, April 20, 2009

Kursus Pembinaan Blog Pss Sekolah-Sekolah Daerah Rembau

Read more...

Thursday, April 16, 2009

Majlis Anugerah Sukan






Baru-baru hadir majlis di Klana Resort untuk baca doa majlis. Hebat persiapannya dan raptai dengarnya banyak kali jugak. Maklumlah MB yang akan datang rasmi. Tapi alngkah bagusnya kalau umat Islam ni buat persiapan awal dan persediaan rapi untuk solat mengadap ALLAH tuhan segala Raja Dan Menteri.

Ada beberapa Komen sikit untuk Unit Sukan iaitu berkaitan dengan persembahan, tahun depan janganlah dibuat persembahan gimrama sekali, tak sesuai langsung orang tengah lunch tapi depan tu budak bergimrama...malu rasanya sebab budak pun dah besar tu.

Anugerah yang sebenar apabila manusia dapat masuk syurga dan selamat dari neraka..amin

Read more...

Monday, April 13, 2009

Kem Solat Bestari

 



Kem Solat Bestari 2 untuk Tahun 1-5 di ILP Pedas 2009

Mafhum Hadis Nabi S.A.W
“Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Datang seorang laki-laki kepada Umar Ibnu Khahtab mengadukan kedurhakaan anaknya. Kemudian Umar mendatangkan anak itu untuk menceritakan kedurhakaannya terhadap bapaknya dan kelalaiannya terhadap hak-hak orang tua. Anak itu menjawab : ” Wahai amirul
mukminim, bukankah anak juga mmpunyai hak-hak yang harus diberikan oleh bapaknya ?” Umar berkata : ” tentu”. Anak bertanya : ” Apakah itu wahai amirul mukminin ?” Umar menjawab, ” Memilihkan ibu yang baik, memberikan nama yang baik kepadanya dan mengajarkan  Al Qur’an kepadanya ”.

Anaknya berkata, ” Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya ayahku belum pernah melakukan salah satupun diantara semua itu. Adapun ibuku seorang Majusi. Ayahku telah memberikan nama Ju’al (kumbang kelapa) kepadaku dan belum pernah mengajarkan satu hurufpun dari Al Qur’an.” Kemudian Umar menoleh kepada laki-laki itu dan berkata : ” Engkau telah datang kepadaku untuk mengadukan, bahwa anakmu telah durhaka kepadamu, padahal engkau telah mendurhakainya sebelum ia mendurhakai kamu dan engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.




Read more...

Khutbah Jumaat Dan Ceramah Terkini



Isi Penting Khutbah Jumaat 10 Apr dan Ceramah Bulanan yang masih dingat. Manusia cepat lupa, jadi saya tulis untuk Peringatan Diri Ini.

1. Kita heboh dan bising isu org kafir baca Quran salah ke tak, masing-masing dengan hujahnya, tapi kita tanya diri kita ni baca quran tak? Belajar tak betulkan bacaan? Atau boleh tak baca Quran walaupun Islam sejak lahir?

2. Kita heboh nak jadikan anak sebagai doktor, enggineer, arkitek dll, hantar tusyen sana-sini, mohon sana sini, tapi ada tak usaha kita nak jadikan anak seorang hafiz quran yang mana boleh mensyafaati akhirat kelak sekurang-kurangnya 10 orang dan ibu-bapa anak itu mendapat kemuliaan dan dipakaikan dengan mahkota akibat pembacaan quran anaknya?

3. Nabi S.A.W ikutan kita dari kalangan manusia biasa supaya mudah dicontohi, maka salah mengeluarkan kata-kata bahawa "itu nabi..kita org awam mana bleh ikut!". Maka Paderi dan Sami bukan contoh dan tidak bleh menasihati sebab banyak perkara dia tak buat. Cth, Kahwin..bagaimana dia nak memberi nasihat masaalah keluarga atau anak sedangkan dia sendiri tidak pernah kahwin atau ada anak.



4.Orang miskin dan fakir juga adalah pemberi syafaat, maka sesiapa yang menghina mereka seperti telah berperang dengan kehidupan akhirat. Satu ketika dalam majlis Nabi S.a.w. seorang badwi tiba2 duduk di sebelah sahabat yang bangsawan. Maka timbul rasa tidak senang di hati org kaya itu dari segi bau dan keadaan yang selekeh. maka sahabat itu bangun mengalihkan tempat duduk, melihat perkara ini maka Nabi s.a.w pun menegur tindakan itu kerana sombong dan tidak beradab, maka sahabat itu meminta maaf kepada badwi tadi dan menawarkan separuh dari hartanya untuk dihadiahkan. Tetapi orang Badwi itu menolak dengan alasan takut sifat buruk sombong seperti tadi beralih kepadanya.

Semoga Allah Bagi Taufik Untuk ambil iktibar, amal dan sampaikan


Read more...

Thursday, April 9, 2009

Musabaqah PLUS Seremban

Tahniah Plus Seremban Berjaya Mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Musabaqah Al quran dan Nasyid di Pejabat Tol Mambau






Para Juri Pertandingan

Tahniah sekali lagi pada Pentadbiran yang support dan staff , walaupun sibuk pegang tiket tol dan duit pandai jugak mengaji.

Read more...

Saturday, April 4, 2009

Keuntungan Sebenar



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.

Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Maka beruntunglah orang yang kelihatan dagang atau asing

Read more...

Wednesday, April 1, 2009

Buah-Buahan Dah Berputik



Buah Kelapo Memang Banyak



Buah Manggis pun bleh tahan banyak putiknya.


Putik Dorian

Konolah balik nobeh plak minggu ni sebab bos dah tanyo bilo nak balik nobeh jangan sok time buah gugur barulah nampak muko

اللهم بارك لنا في ثمرنا

Read more...

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP