Blog Widget by LinkWithin

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Dan Al Quran



SEMPENA bulan Ramadan yang mulia, boleh dikatakan hampir semua masjid di Malaysia menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan al-Quran. Antaranya majlis tadarus al-Quran, bacaan al-Quran, solat terawih berimamkan seorang hafiz al-Quran yang membaca satu juzuk sehari, bacaan al-Quran di perkuburan dan majlis khatam al-Quran.

Secara umumnya hasrat, perancangan dan pelaksanaan program-program tersebut memberi kesan yang baik kepada kita dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimanapun, kita perlu lebih daripada program itu sebenarnya.

Jika kita perhatikan hampir semua program yang berkaitan dengan al-Quran secara umumnya hanya berkisar kepada tahap ‘membaca’. Pergilah mana-mana masjid atau surau, kita akan dapati kebanyakan umat Islam masih lagi berkisar tentang membaca al-Quran.

Sekarang kita memerlukan lebih daripada sekadar tahap membaca al-Quran. Secara umumnya kita boleh klasifikasikan prestasi kita terhadap hal-hal berkaitan al-Quran kepada lima peringkat atau lima tahap iaitu:
 

Pertama: Membaca al-Quran;

Kedua: Menulis ayat al-Quran;

Ketiga: Memahami makna al-Quran;

Keempat: Mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian
berkaitan isi kandungan dan mengaitkan dalam kehidupan seharian;

Kelima: Penghayatan terhadap ajaran al-Quran.

Cuba kita bandingkan umat Islam di Malaysia dengan masyarakat di Barat atau orang Yahudi dari segi pencapaian dalam bidang al-Quran. Rata-rata umat Islam di Malaysia masih berada di tahap pertama.

Sebab itu seorang pemimpin Yahudi apabila disoal tentang bagaimana hendak menghadapi
cabaran umat Islam yang dibekalkan dengan al-Quran, dia tidak bimbang langsung.

“Tidak bimbangkah kita terhadap umat Islam? Adakah kita tidak akan sekali-kali dapat
mengalahkan mereka selagi mana al-Quran ada pada tangan mereka?” tanya seorang ahli
perwakilan Yahudi kepada pemimpinnya.

Pemimpin besar Yahudi itu menjawab: “Apa perlu kita bimbangkan mereka? Ya, mereka ada al-Quran tetapi berapa ramai di kalangan umat Islam yang boleh membaca al-Quran? Kalau boleh membaca, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh menulis ayat al-Quran? Kalau boleh menulis, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka? Kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah yang tinggal di kalangan mereka dalam menghayati al-Quran?”
 
Renungkanlah kata-kata pemimpin besar Yahudi itu. Itu adalah satu cabaran kepada kita. Berapa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini yang boleh membaca al-Quran? Kita mungkin boleh mendapat jawapannya ketika majlis tadarus al-Quran yang kita lakukan sekarang.

Katakan dalam satu kumpulan tadarus ada 10 orang. Berapa ramai yang boleh membaca
dengan betul, bertajwid dan berlagu? Berapa ramai yang boleh membaca dengan betul dan
bertajwid sahaja? Berapa ramai pula yang boleh membaca dengan ala kadar atau cukup
makan sahaja? Dan soalan seterusnya, berapa ramai yang membaca dalam keadaan yang
boleh diistilahkan ‘merangkak-rangkak’? Anda boleh menjawabnya.
 
Itu baru dalam tahap pertama iaitu bacaan. Bagaimana pula dengan tahap penulisan ayat al-Quran? Anda boleh lakukan sendiri uji kaji ini. Cuba edarkan sebatang pen dan sehelai kertas kepada jemaah solat Maghrib di masjid. Arahkan mereka menulis surah al-Fatihah iaitu surah yang wajib dibaca ketika solat. Berapa ramai yang boleh menulis dengan betul?

Persoalan seterusnya adalah berapa ramai di kalangan kita yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Sudah tentulah tidak ramai berbanding dengan mereka yang boleh membacanya sahaja. Jadi untuk memahami isi kandungan kita perlu mempelajari bahasa Arab dan menguasainya. Sehubungan itu marilah kita sama-sama berusaha dengan sedaya upaya kita sama-sama belajar bahasa al-Quran ini dan menguasainya.

Persoalan berikutnya, kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan kita yang boleh mengaplikasi ajaran al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi.



Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi Al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja. Selain itu memang terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik.

Persoalan terakhir, kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah di kalangan mereka yang menghayati al-Quran? Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan
menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Kesemua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t..

Umpama perlawanan bola sepak, sesudah keputusan masih terikat seri antara dua pasukan bertanding, maka permainan hendaklah ditambah masa selama 30 minit lagi. Jika keputusannya masih seri, pengadil akan memberikan lima sepakan penalti kepada setiap pasukan.

Dalam hal ini, pasukan umat Islam di Malaysia diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana kebanyakan kita hanya sekadar boleh membaca (itu pun masih ramai yang tidak boleh) maka dalam sepakan penalti kita hanya boleh memperoleh jaringan satu daripada lima jaringan yang sepatutnya.

Bagaimana pula dengan pasukan Barat atau Yahudi? Mereka pun sebenarnya mengambil al-Quran untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bezanya mereka tidak membaca seperti kita.Setelah bertahun-tahun membuat kajian, sekarang mereka berada pada tahap ke empat iaitu tahap mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian berkaitan isi kandungan dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Dalam hal ini, pasukan Barat atau Yahudi juga diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana mereka telah berada pada tahap keempat, maka dalam sepakan penalti pasukan mereka memperoleh empat jaringan daripada lima jaringan yang sepatutnya. Keputusan permainan antara kedua-duanya ialah Barat atau Yahudi 4, umat Islam di Malaysia 1.Jadi, bagaimana kita mahu mengalahkan mereka?

Ada satu jalan untuk kita menang iaitu kita mesti memperoleh 5 jaringan untuk mengalahkan mereka dengan keputusan 5-4. Caranya tidak lain dan tidak bukan kita mesti menguasai kelima-lima tahap tersebut. Ini kerana Barat atau Yahudi pasti tidak dapat mencapai tahap kelima iaitu penghayatan terhadap al-Quran. Kalau mereka dapat mencapai tahap penghayatan bererti mereka akan masuk Islam dan tidak lagi memusuhi Islam, bahkan sebaliknya akan bersama kita.



Akhirnya, sempena Ramadan al-Mubarak marilah kita meningkatkan tahap pencapaian kita dalam menggunakan al-Quran sebagai panduan hidup. Sesungguhnya Ramadan adalah masa
terbaik untuk kita mula membaca tafsir dan belajar bahasa al-Quran.

oleh : Hariri Daud

Read more...

Saturday, August 22, 2009

أكثر مقطع مبكى للشيخ محمد حسان



Semoga Khutbah Jumaat Tempat kita pun ada macam ni....

Read more...

PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR




PROGRAM MENAJA MAKANAN IFTAR/SAHUR KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DI KUALA LUMPUR

“Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaannya dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun." (Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘Anhu)

Sempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1430H ini, PPZ-MAIWP melalui Tabung Kebajikan PPZ akan membuka peluang kepada para dermawan menambah amal jariah di bulan mulia ini untuk menaja makanan iftar/sahur bagi 120 orang anak yatim dan miskin yang menetap di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman (PNI), Teratak Nur Insan (NURI) dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia (RAHOMA) yang terletak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kos menaja makanan berbuka puasa/sahur ini berharga RM150 seorang untuk sebulan dan akan diuruskan sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP melalui pembekal yang berkelayakan. Makanan berbentuk nasi berlauk, buah-buahan dan minuman berkhasiat akan dihantar terus ke Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin PNI, NURI dan RAHOMA menjelang waktu berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

Sebagai makluman, wang tajaan yang disumbangkan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan membeli makanan manakala kos pengurusan ditanggung sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP. Penaja boleh membuat tajaan terbuka dengan membuat pembayaran melalui cek atas nama TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWP (tuliskan nama, nombor telefon & alamat di belakang cek) atau membuat pindahan wang secara dalam talian melalui http://www.maybank2u.com ke akaun Maybank bernombor 564098205668. Sila cetak resit pemindahan wang maybank2u.com, tuliskan nama, alamat dan nombor telefon dan fakskan ke 03-92895760.

Kami berharap program murni ini mendapat sambutan yang baik. Sekiranya terdapat lebihan terhadap jumlah sumbangan yang diterima, wang lebihan ini akan digunakan untuk program-program khusus anak-anak yatim/miskin di masa-masa akan datang. Mudah-mudahan sumbangan tajaan ini akan dibalas dengan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Encik Amran Hazali. Ketua Unit Kemasyarakatan & Hal Ehwal Antarabangsa PPZ di talian 013 3335585 atau e-mail amranhazali@zakat.com.my

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,


MOHD RAIS HAJI ALIAS
Pengurus Besar PPZ-MAIWP


Pusat Pungutan Zakat, Tkt. 1, Daruzzakah, Lorong Haji Hussein 2,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50676, Malaysia



Read more...

Monday, August 17, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak



Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan



Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة


Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh
Utz Zaharuddin Abd Rahman

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Subhanallah : Quran did not Burn inside the burning Car






















Orang yang dalam dadanya ada Al Quran pun tidak akan dibakar oleh api neraka

Read more...

Monday, August 3, 2009

Kesian Ustaz....(Kutuk Jemaah)




Memang hati bergelora menahan sabar rasa macam nak jawab...tapi...takpelah...nanti Allah bagi ustaz tu faham, maka terjawablah nanti insyaallah. Rasanya ni kali ke 3 secara langsung dengar ustaz mengutuk jemaah. Ustaz ni agak glamour jugaklah..

Mulanya ustaz tu baca hadis yang mafhumnya" seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga, kemudian nak mati beramal dengan amalan ahli neraka maka jadilah ahli neraka..dan seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka kemudian beramal dengan amalan ahli syurga maka dia dikalangan ahli syurga"

Lepastu tah camne masuk bab demontrasi ISA..dia cakap tu baru perjuangan betul ada tentangan, tapi baru sikit kena air dan gas pedih mata sikit je..pastu dia cakap jangan ..ada dua demontrasi dan IJTIMAK.., dia kata ijtimak tabligh tu orang bodoh buat tu..takde tentangan...ada tentangan baru betul..

Sabar jelah..bukan apa..cuma kesian kat ustaz tu masih tak dapat faham usaha agama. Salah saya yang kurang buat usaha dikalangan ulamak. Lepas Ijtimak baru ni cuma 4 jemaah ulamak keluar setahun. dan usaha ni bangun dengan kudrat Allah. Kalau nak jatuh dengan kutukan dan hinaan orang dah lama jatuh dah sebab dari dulu lagi memang dihina.

Tapi usaha agama atau org dok panggil tabligh ni bukan kepunyaan orang tabligh..Allah boleh gunakan sesiapa saja selagi dia dipilih Allah dan buat usaha dengan ikhlas dan istikhlas..



(Bakal Keluar Setahun)


Read more...

Sunday, August 2, 2009

Lari Dari Rumah



Lepas Solat Subuh semalam, sorang ahli jemaah yang regular datang dan kekadang jadi muazzin datang jumpa dan minta izin ada perkara nak dibincangkan. Kemudian dia mengadu yang isterinya " lari dari rumah". Maka apabila ditanya kemungkinan punca maka diapun tak pasti...sebab malamnya tidak ada berlaku apa2 krisis dan mereka keluar makan bersama...dan takde pulak tanda2 yang dia merancang untuk lari dari rumah.

Tapi..., dia cakap anak sulungnya memang nakal sikit ...masuk 5 tahun umurnya. Dan isterinya selalu mengugut nak lari dari rumah " kalau along buat lagi nanti Ibu lari dari rumah" Mungkin antara sebabnya ialah anaknya nakal pagi tu dan dia pukul dengan hanger sampai patah hanger plastik tu. Bila ditanya apa kesalahan anaknya... maka dijawab " mematahkan gincu bibir ibunya.."

Dan pagi tadi menurut suaminya ,isterinya masih belum balik lagi ke rumah.
Saya hanya mampu suruh dia bersabar, doa dan pergi mencari isterinya sebab dia masih lagi suami isteri..dan yang sedih ialah dia sanggup tinggalkan anak kembar yang istimewa..(cacat) Saya terharu apabila tengok si bapak Azan sambil mendukung salah seorang anak kembarnya itu. Semua anaknya dibawa ke Masjid semata -mata kerana dia ingin menjaga solat berjemaah.

" nauzubillah min zalik..semoga Allah pelihara kita semua dari ujian seperti ini...sesapa yang ada cadangan atau pengalaman bolehlah berkongsi....

Read more...

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP