Blog Widget by LinkWithin

Sunday, July 26, 2009

Tahniah Firdaus



Syaim Ajar Firdaus Berwudhuk


"Ustaz ada ?" tanya sorang budak yang belum pun turun dari basikalnya.." ustaz tido.." jawab Syaim yang duduk di berandar surau kg Paya sambil menutup Mashaf Al Quran yang masih di tangannya..

" ada apa nak jumpa ustaz? kejap lagi dia bangunlah tu..lagi 15 min kot.." tanya Syaim lagi sambil matanya melihat jam di dinding surau.." naiklah dulu " tambahnya lagi.

Maka budak yang berkulit cerah dalam lingkungan belasan tahun itu menupangkan basikalnya sambil melangkah kekok menaiki anak tangga surau. Dari gayanya memang takut becampur keliru.

"saya nak masuk Islam bang " tersentak syaim dengar kata2 pemuda itu.. Lantas tanpa membuang masa Syaim pun memanggil cikgu Arifin yang baru bangun dan mengajar pemuda itu kalimah shahadah" la ila ha illallah " dan membawanya ke bilik air untuk mandi dan diberi nama "Firdaus" "Tahniah firdaus dari kami semua" ujar amir jemaah .....

Kemudian syaim datang kepada saya yang sedang sibuk melipat beding.." maaf ustaz , tadi budak tu nak jumpa ustaz nak masuk Islam katanya..tapi saya kata ustaz tido lagi ..nak asar nanti baru bangun..pastu dia cakap nanti dia datang balik dan sekarang nak pergi karaoke jap...so saya pun tahan dia dan ajar kalimah..." "takpa..itulah tindakan yang sepatutnya..anta dah ada tiket untuk masuk syurga..tahniah "


* Saje je buat macam cerpen sket..manalah tau kok ada bakat ....kisah ni berlaku masa jemaah kami keluar 3 hari di lukut. Dan 2 bulan lepas perkara yang sama berlaku di Telok pelandok Pd.


(Berapa ramai umat yang mati tanpa kalimah...)

Firdaus cakap malam tadi dia mimpi ada orang pakai jubah dan kopiah pergi rumah ke rumah dan dia ikut orang2 tu .. Jemaah kami bagi kain dan kopiah kepada Firdaus dan Cikgu Tazli ambil tanggungjawab untuk urusan pendaftaran dan kami akan sentiasa follow up...

Read more...

Monday, July 20, 2009

Bayan Khas Ulamak Ijtimak 2009



Oleh: Maulana Saad Kandahlawi Hafizahullah

Antara point yang saya ingat:

1. Ulamak adalah pewaris nabi. Bukan sahaja mewariskan ilmu kenabian bahkan yang paling utama ialah kerja kenabian iaitu dakwah manusia kepada Allah

2. Ulamak harus keluar bergilir2 atau silih berganti bukan sebahagian sahaja yang keluar dan sebahagian lain dimajlis ilmu mengajar kitab2 ( tafsir dari ayat .. ) فلو لا نفر... )

3. Ulamak bukan sahaja untuk jadi mufti untuk keluarkan fatwa..bahkan kena usaha supaya umat ini sering menanyakan fatwa dan beramal dengan fatwa..

4. Ulamak mesti jadi seperti awan yang bergerak menurunkan hujan kepada semua jenis tanah walaupun tanah yang tidak menyerap air dan bukan seperti perigi yang menunggu kedatangan orang untuk mengambil air.

5. Kehendak Maulana ialah supaya setiap jemaah yang bergerak sekurang2nya ada seorang Qari dan seorang Alim..

6. Orang Assyairin (Qabilah Ulamak Yaman yang tinggal di madinah) bertanya kepada Nabi tentang orang2 yang tidak minat belajar agama sedangkan kami sedia mengajar...maka Nabi s.a.w berpesan bhw akan disegerakan azab keatas semua kamu...maka Assyairin meminta tempoh setahun untuk usahakan umat supaya ada kecintaan belajar dan amal agama...maka insyaallah sapa sedia setahun....?

Ana Azam insyaallah
Sekarang ada 17 jemaah bergerak di N.S

Read more...

Sunday, July 12, 2009

TUANKU MUKHRIZ, PM DAN TPM DI IJTIMAK MALAYSIA 2009

.

Utusan Malaysia ( Muka Depan)



Doa Penutup....Amin



Karkuzari Bayan Tak sempat nak tulis lagi..Nanti Insyaallah...
Semoga Allah Terima semua yang hadir...

Petikan Dari Utusan Malaysia..Klik Sini


Read more...

Wednesday, July 8, 2009

Bertolak Ke Ijtimak Malaysia 2009



Petang ni Insyaallah kami akan bertolak ke Medan Ijtimak di Nilai. Besok dah ambik cuti. Smoga dapat bawak balik fikir dan kerisauan untuk usaha atas iman.

Jemputlah sama lapangkan masa untuk kesana.....peluang begini tak selalu datang.

untuk gambar Ijtimak terkini sila klik sini

Read more...

Thursday, July 2, 2009

Balai Kraftangan Negeri Sembilan



Tudung Saji Kalis Kuching



Rm 15 satu..bleh bawak picnic



Cantik...lamo jugak nak nganyam tu






Peralatan Istiadat tertentu





Keris Pusaka kot....



Kalau bawak anak..peh tu pocah..maun menangis nak kono bayar...



Tak taupun ada balai kraftangan sebelah JPNS. Masa pegi mintak kenyataan Perkhidmatan aritu.sementara tunggu diaorang siapkan....ngayau kat situ tengok orang dari jauh2...perak dan pahang datang melawat dan belajar kraftangan...

Tulah...orang dokek tak tau dan tak blaja.. orang jauh yo datang....JADI....sempena Ijtimak Malaysia ni....Insyaallah ramai foreigners akan masuk malaysia hadir ijtimak dan berbagai bangsa...kalau kita orang Malaysia tak dapat lapangkan masa dan hadir di situ...maka tersangatlah ruginya...smoga Allah mudahkan dan pilih kita semua...amin.

Read more...

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP