Jemaah Kami dikritik / nasihat
Jemaah kami keluar di satu surau di Senawang. Malam ke dua ada Ustaz datang ngajar fekah. Kami semua duduk untuk belajar bersama penduduk disitu. Bila sampai pertengahan majlis...Ustaz dah hurai benda lain pulak iaitu jemaah yg orang ramai dok panggil Tabligh...
Antara huraiannya:
1. Orang tabligh takde ilmu nak bercakap depan orang, mana layak.....
2. Ada dulu Jemaah Arab Saudi datang penterjemahnya tak reti macam langit dan bumi...jauh beza...
3. Makan dalam talam ada yang kuku panjang / hitam.
Jawapan:
Takyah jawab sebab itu bukan soalan yang perlu dijawab. Cuma kita dalam usaha perbaiki diri memang banyak dugaan dan cabaran. Segala nasihat hendaklah diterima dengan terbuka walau pun kita ada alasan atau hujah....
Satu kisah dalam Muntakhab Hadis bila mana nabi s.a.w dihujah dan dimarahi oleh seorang Kafir...Nabi s.aw. diam sahaja mendengar dan Abu Bakar r.a tidak sabar dan menjawab semua hujah Orang Kafir tersebut. Akan tetapi bila Abu Bakar r.a mula menjawab maka Nabi meninggalkan tempat itu. Bila ditanya kenapa Nabi Tak jawab dan apabila saya mula menjawab bagi pihak tuan, maka tuan meninggalkan saya! Maka Nabi s.a.w bagitahu bahawa semasa kita dimarahi tadi aku lihat malaikat mendoakan keampunan dan rahmat untuk kita. Tetapi bila engkau (Abu Bakar) mula menjawab malaikat pun meninggalkan kita. Maka Aku takut musibah akan turun...

0 comments:
Post a Comment