Blog Widget by LinkWithin

Tuesday, May 26, 2009

Kisah di Mina ( Musim Haji )



Cerita Seorang Ustaz.

Ketika dalam khemah semasa mabit ( bermalam di mina ) bising pegawai yang menjaga tentang sorang pak cik ni yang selalu hilang / sesat, walaupun hanya pergi ke tandas. Maka datang lah mak cik bagitau " ustaz, tolonglah teman kan pakcik ni kalau pegi tandas pun..sebab dia ni buta huruf.." " Insyaallah mak cik"

Setelah berkenalan ringkas dengan pak cik tu, dia memulakan ceritanya.." Pak cik ni nak...memang orang susah, keje pun kelindan lori je...anak 9 orang. Kehidupan kami memang susah dan kesusahan kami bukan dibenci oleh orang kampung sahaja, malah sedara kami pun marah sebab selalu datang mintak tolong , hutang dan sebagainya. sampai ada yang cakap kat org rumah pakchik " dah tau susah, laki kau gaji kecik..yang pegi beranak ramai-ramai tu sapa suruh..."



Tapi saya sabar dan ajar keluarga saya bersabar. Allah berkuasa kadang2 kesabaran kita dibalas kat dunia lagi dan kekadang kat akhirat. Anak pakchik yang sorang tu bila dia berenti keje dapat duit yang pakchik pun tak paham berapa banyak...balik kampung jumpa pakchik dan cakap " abah, ni ada duit dapat dari berenti keje..tapi duit ni mintak izin nak buat beniaga dulu..." pak chik cakap ikut pandai kaulah...

Maka takdir Allah, anak saya tu bisnes dia maju dan dia dapat untung banyak. Pakchik pun tak paham bisnes apa tapi antaranya ada kaitan dengan ladang sawit dan ada beniaga yang lain. Dia balik kampung dan bagitau pakchik " Abah dan mak siaplah..insyaallah tahun ni pegi Mekah buat Haji"

Bukan tu aje..dirobohkan rumah buruk pakchik tu dan buat banglo besar, buat kenduri jemput orang kampung dan sedara mara..masa kenduri tulah pak chik tengok baru diaorang senyum kat pakchik...tapi pakchik tak balas dendam...terutama kat sedara yang hina pakchik dulu.

Untuk ke Mekah pun semua diuruskan oleh anak pakchik...cuma disuruh kami pergi kursus haji dan yang lain semua diuruskan. Sampai kat Mekah, pakchik diberi kunci untuk penginapan dan pakchik tanya duduk dengan sapa dan berapa orang...pegawai tu cakap tu bilik 2 orang dan duduklah dengan makchik. Berair mata pakchik bila ada kawan kat situ bagitau bilik 2 orang ni adalah pakej rm 24.800 sorang., yang rm 18.000 sebilik 4 orang. 

Barulah pakchik tau anak pakchik belanjakan kira2 pakej rm 50.000 untuk kami 2 orang dan dimasukkan dalam akaun untuk belanja rm 3.000 sorang...Kalau diikutkan memang sedih sangat sebab kehidupan pakchik yang dah dihujung ni dipilih Allah untuk jadi tetamunya..."


Pengajaran:

Masih ada lagikah anak2 yang sebegini...atau anda yang bakal menjadi seperti anak pakchik tu..
semoga Allah bagi taufik pada saya untuk khidmat pada ibu-bapa....

0 comments:

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP