Blog Widget by LinkWithin

Monday, October 26, 2009

Pergi Tak Kembali



Cucu kesayangan abah mencuba kasut pusaka



Pemulangan senapang abah di balai polis



Selepas berbuka dan solat maghrib, aku kembali ke katil abah dan meminta izin untuk pulang ke lukut. Waktu itu ijan ada bersama abah manakala mak dan kak long yang baru sampai semula dari kampong mengambil keperluan masih di surau. Aku salam dan mencium tangan abah agak lama dari biasa. Memang berat ku rasa untuk meninggalkan abah, tapi niat aku untuk mengambil keperluan dan besok aku cadang untuk bercuti sedangkan sebelum abah masuk wad aku telah hantar borang cuti hari jumaat.Jadi cuti 2 hari berturut ni aku cadang memang nak tidur di hospital. Ku tinggalkan abah di wad bersama mak dengan keadaan yang tenang dan harapan besok keadaan akan bertambah baik.

15 oktober 2009

Pukul 3.15am.” abang! Abah dah tak ada! “ teriak isteriku . Innalillahi Wainnailaihi Rajiuun….sambil tangannya masih memegang hp. Sengaja ku letakkan hp ku di kepala malam tu takut kalau ada emergency tidak seperti biasa hp hanya ku letakkan di bilik lagi satu. Kami bersiap untuk terus ke kampong yang mengambil masa 40 minit.

Kulihat jenazah abah sudah ada di serambi sambil mata kakak –kakak ku merah dan ada yang menyedut hingus. Kulihat wajah abah tenang, putih dan akulah orang pertama mencium dahi jenazah abah dan diikuti oleh semua beradik dan anak saudara.

Aku disuruh oleh abang aji untuk mengetuai semua upacara menyempurnakan jenazah abah sehingga dikebumi. Memang semua tahu abah masa hidupnya selalu bercakap supaya aku boleh memandikan, mengimami solat jenazah dan talkin untuknya. Semasa aku tingkatan satu lagi abah dah cakap perkara itu. Hati ku tiba-tiba bertambah sedih bila kak chik datang dan mengucapkan ”Selamat Hari Jadi Aid ” diikuti dengan kak lang dan kak teh.

Saudara mara, kawan –kawan abah dan kawan- kawan anak2 abah memang ramai yang datang ziarah. Undang Rembau yang memang kawan baik abah menyuruh polis mengawal lalu lintas yang tergendala akibat kereta yang diparking di tepi-tepi jalan. Waktu solat jenazah lantai rumah abah berbunyi kerana sesak dan ramai yang naik ke atas. Aku masih ingat ketika abah datang ke masjid Jamek Rembau untuk menziarahi jemaah 4 bln dari  Sri lanka, dan setiap ahli jemaah memeluk abah dan mereka semua dipelawa oleh abah ke rumah untuk makan tengahari. Aku lihat abah begitu gembira melihat mereka makan masakan yang dimasak oleh mak dan dibantu oleh aku. Dan solat jenazah abah pun juga disertai oleh jemaah masturat Sri Lanka yang dibawa oleh syura ns Haji Johari.Jenazah abah selamat dikebumi dan talkin berakhir 15 minit sebelum zohor.

Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh..aminn.

"Abah yang ceria dengan anak cucu dan sering memberi nasihat"......

Al Fatihah

Hadiah harijadi aku tahun ini ialah memandikan, mengapan, mengimami solat jenazah dan mengebumikan jenazah abah.


3 comments:

Ziarah76 October 27, 2009 at 2:32 AM  

innalillah...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh...
al-fatihah

Ishak Zaini October 30, 2009 at 4:12 PM  

Innalillah..

Sesunguhhnya rezeki akan sentiasa mengejar seseorang hamba itu, sebagaimana ajal maut yg sentiasa mengejarnya..

moga Allah kasihi buat yang dah pergi..
serta beri ketabahan buat yg masih tinggal..
bersabarlah..

QURAN

  © ibnuzainrembawi Psi by ibnuzain.com 2009

Back to TOP